Sarawak Report, Radio Free Sarawak terbit laporan tidak benar


Zakwan-Hafiz-Ahmad-Ansari

Laporan mengenai Sarawak dan kaum Penan itu mengandungi fakta tidak kukuh yang boleh menjejaskan pelaburan asing ke negeri itu

(FMT) – Sarawak Report (SR) dan Radio Free Sarawak (RFS) didakwa menerbitkan artikel dan berita tidak benar mengenai Sarawak dan kaum Penan.

Timbalan Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Zakwan Hafiz Ahmad Ansari berkata, 78 artikel yang diterbitkan SR mengenai Sarawak dan kaum Penan, sebahagian besar artikel itu tidak mempunyai fakta kukuh.

Katanya, artikel berkenaan akan menyebabkan nama baik Sarawak tercemar sekaligus menjejaskan minat pelabur-pelabur asing untuk melabur di Sarawak.

“Kedua-dua media ini beroperasi di London. Terbitan dan sebaran maklumat yang dibuat oleh pihak ini telah diterbitkan di peringkat antarabangsa.

“Oleh itu, kami mendapati ia akan memberi kesan yang buruk kerana kerajaan negeri telah bertungkus lumus dan mengeluarkan belanja yang besar untuk menjaga alam sekitar negeri Sarawak dan juga menjaga kaum Penan.

“Pelbagai tohmahan yang disebarkan oleh SR terhadap kaum Penan. Sedangkan di sini, kerajaan Barisan Nasional, Kerajaan Negeri Sarawak, Ketua Menteri Sarawak habis-habisan membantu kaum Penan,” katanya dalam sidang media, di Ibu Pejabat PMSP, hari ini.

READ MORE HERE



Comments
Loading...