Cubaan Hapus bukti fail Lim Guan Eng, Pegawai SPRM berasal dari Pulau Pinang ditangkap dengan wang RM50 ribu di Putrajaya!


Kenny Chua

Master Dedah

Terbaru Pegawai SPRM ditangkap!. Sumber dalaman berkata ia ada kaitan dengan cubaan untuk menghapuskan fail kes Lim Guan Eng dan Kes penyelewengan  dana KBS RM100 juta.
(DIGARI- Kenny Chua Pegawai SPRM yang ditangkap 
dengan wang RM50 ribu baru-baru ini 
1. Baru-baru ini kita digegarkan dua kes penting iaitu Kes Rasuah Rumah Banglo Lim Guan Eng dan penyelewengan SUB Kewangan RM100 juta. Setelah kes Lim Guan Eng meletus esoknya seakan dirancang Kes Rasuah KBS juga meletup seakan-akan menutup atau “divert” kepada isu Lim Guan Eng. Kebetulan?
2. Sejak 18 Mac lalu sehingga ke hari ini SPRM nampaknya belum memanggil Ketua Menteri Pulau Pinang YB Lim Guan dikatakan penghujung April siasatan penuh selesai. Lim Guan Eng masih bebas dan tanpa takut terus mencabar pemimpin BN lain dlm kesnya. Semua dokumen siasatan telah berada di ibupejabat SPRM menunggu masa Lim Guan Eng dipanggil oleh SPRM.
Penggeledahan rumah pegawai kanan SPRM serta pemindahan Jabatan kerana disyaki pembocoran dokumen kerajaan. Dan kecoh apabila Isteri pegawai kanan terbabit mendedahkan dalam FBnya mengenai urusan kerja suaminya. 
3. Ke mana SPRM? Apa berlaku?. Sebelum ini kisah Datuk Bahri Mohd Zin Pengarah Operasi Khas SPRM dan beberapa pegawai yang dipindahkan serta merta menjadi isu dan polemik. Wal hal isu sebenar ialah pembocoran maklumat oleh beberapa pegawai SPRM hingga isteri para pegawai boleh mendedahkannya dalam facebook mengenai rahsia dan tugas suami!
4. Penggeledahan Polis kepada pegawai SPRM jelas ada sesuatu di SPRM yang masih dilindungi oleh Datuk Seri Shukri Abdull mempertahankan dua pegawai utamanya yang dipindahkan ke JPM. Ada rahsia besar yang disembunyikan bagi melindungi anak-anak buahnya. 

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...