Desak PDRM dedah identiti Malaysia Investigators


Irmohizam Ibrahim

(Sinar Harian) – Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Irmohizam Ibrahim mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenalpasti identiti ‘Malaysia Investigators’ yang didakwa terlibat dalam usaha menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara tidak demokratik.

Katanya, PDRM perlu menyiasat dan mendedahkan identiti Malaysia Investigators yang mewujudkan kertas siasatan palsu mengenai perdana menteri dan sengaja membocorkan maklumat kepada Wall Street Journal (WSJ) pada Julai 2015.

“Saya memandang serius perkara ini dan mahu siasatan serta tindakan ke atas pihak terbabit diambil segera. Individu yang terlibat jelas mencemarkan imej dan integriti perdana menteri, Umno dan negara.

“Saya difahamkan pada 30 Mac 2015, WSJ membuat laporan berbeza bahawa perdana menteri telah menerima wang sebanyak AS$1 bilion dari kerajaan Arab Saudi dan wang tersebut bukan dari 1MDB sepertimana yang dilaporkan pada Julai 2015.

“Perkara ini saya ungkit kerana pada 4 Julai 2015, mantan Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail dikatakan menerima dokumen berkaitan dan pada 8 Julai 2015 Pasukan Petugas Khas ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan itu. Kemudian WSJ dakwa miliki dokumen siasatan pada 2 Julai 2015, dokumen apa yang mereka ada?,” soalnya.



Comments
Loading...