Video : Tun Mahathir dihentam ketika forum anjuran PH


Mahathir

(Suara TV)  – Seorang lelaki yang merupakan peserta forum anjuran Pakatan Harapan berang semasa mengajukan soalan kepada bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad.

Menyalahkan Tun Mahathir tentang parti Umno yang dicorakkan menerusi polisi kerajaan sebelum ini, dia turut membidas perkara yang dilakukan negarawan itu sepanjang pemerintahan beliau.

Bagaimanapun, Tun Mahathir mengakui sudah menjangka bakal dihentam oleh penyokong dalam kalangan parti pembangkang.

Beliau turut mengakui dirinya merupakan manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

“Saya adalah manusia biasa tak sunyi dari kesilapan.

“Saya tahu saya datang sini mesti kena hentam. Ada banyak benda saya nak cakap saya tak kata, kerana takut ada yang tak seronok,”katanya di forum bertajuk Najib Bersubahat atau Tidak Bersalah, di sini sebentar tadi.

Beliau berkata, untuk mendapatkan sokongan ramai perlu mengecilkan matlamat atau perjuangan kepada perkara yang dapat diterima oleh semua pihak.

“Nak dapatkan sokongan ramai kita kena perkecilkan matlamat atau perjuangan kita pada yang boleh diterima boleh semua dengan itu kita akan berjaya. Kalau nak ini nak itu kita akan gagal,”katanya.

Terdahulu, Tun Mahathir berkempen bagi deklarasi rakyat dan forum kali ini merupakan yang ketiga dihadirinya selepas turun dalam perhimpunan menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dua minggu lalu.

https://www.youtube.com/watch?v=U0jImklVN9Y

 



Comments
Loading...