Selamatkan karier Mukhriz atasi kepentingan nasional


mukhriz-mahathir

Negara menganggap isu derma RM2.6 bilion yang diterima Najib Razak menerusi akaun peribadinya telahpun selesai.

(FMT) – Tun Dr Mahathir Mohamad mahu menyelamatkan karier politik anaknya, Datuk Seri Mukhriz melebihi kepentingan nasional dan sanggup berbohong berhubung isu dana RM2.6 billion.

Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad bagaimanapun berkata, Dr Mahathir gagal menggunakan isu dana itu untuk mengugat kerajaan yang dipilih secara demokrasi.

Ini ditambah dengan pengakuan Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir yang mengesahkan dana RM2.6 bilion adalah sumbangan keluarga diraja Arab Saudi, katanya.

“Selepas siasatan menyeluruh, ini telah disahkan oleh pelbagai pihak berkuasa. Terbaru, Menteri Luar Arab Saudi mengesahkan ia adalah sumbangan tanpa mengharapkan apa-apa balasan, dan negara itu sudah menganggap isu berkenaan selesai.

“Ini adalah pembohongan yang gagal digunakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menggugat kerajaan yang dipilih secara demokrasi,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Justeru, dakwaan The Wall Street Journal yang melaporkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima dana daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) adalah palsu.

 



Comments
Loading...