Tersalah lapor: Wartawan Malaysiakini cabut lari dari Sarawak


malaysiakini

(PRU14) – Seorang wartawan portal Malaysiakini telah mengeluarkan laporan yang mengelirukan sehingga mencetuskan kemarahan rakyat Sarawak. Menurut sumber, pihak Editorial Malaysiakini pada jam 2 petang tadi dikatakan telah mengarahkan wartawannya, Kow Gah Chie, untuk segera keluar dari Sarawak bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berulang.

Laporan berita tersebut berkemungkinan membangkitkan sentimen keagamaan di negeri ini.

“Saya dimaklumkan Gah Chie telah pulang petang tadi selepas diarahkan segera balik ke Semenanjung.

“Berita fitnah itu tersebut telah menyebabkan rakyat Sarawak marah malah beberapa laporan turut dibuat ke atasnya,” katanya sebentar tadi.

Wartawan terbabit dikatakan menaiki penerbangan pulang dengan pesawat Air Asia jam 6 petang ini. Sehingga kini sekurang-kurangnya dua laporan polis dibuat ke atas wartawan berkenaan.

Wartawan itu sebelum ini menulis berita bertajuk ‘Undi BN untuk pastikan umat Islam jadi KM Sarawak’ yang dipetik dari luar konteks ucapan ADUN Nangka, Dr Annuar Rapa’ee menyebabkan timbulnya kekeliruan umum.

Dr Annuar menafikan berucap demikian dan menyifatkan laporan tersebut sebagai putar belit dan fitnah dengan tujuan menimbulkan sentimen keagamaan di kalangan rakyat Sarawak.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...