Helikopter terhempas: Sedih saya melihat komen seperti tidak berhati nurani


sarawak-crash-wreckage

(Perak Today) – Setiap manusia perlu mendoakan keselamatan mangsa sekiranya mendapat sebarang berita yang tidak diingini seperti kejadian kehilangan helikopter, kata Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan.

Menurut Nasrudin, beliau merasa sedih apabila melihat ada pihak yang bergembira ketika berlakunya kejadian sedemikian hanya disebabkan mangsa kejadian adalah merupakan musuh politik mereka.

“Sedih saya melihat komen seperti tidak berhati nurani. Ada yang mula menghitung hari untuk pilihanraya kecil.

“Susahkan anda mahu doakan keselamatan mereka dan memberi semangat kepada ahli keluarga mereka ?”soalnya menerusi kenyataan yang dikeluarkan melalui laman sosial Facebook hari ini.

Semalam, pesawat jenis Eurocopter AS350 yang membawa enam orang iaitu Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan suami, Asmuni Abdullah, Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar berlepas dari Betong pada jam 4.12 petang dalam penerbangan ke Kuching sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan dan hilang 20 minit kemudian.

Penumpang lain yang berada dalam helikopter terbabit ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Ann Amalai serta pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri.

Pesawat itu dilaporkan diterbangkan oleh Kapten Rudolf Rex Ragas.

IMG-20160506-WA0001

IMG-20160506-WA0002

IMG-20160506-WA0000



Comments
Loading...