Mahathir tidak pernah ambil tahu pasal Perlembagaan Malaysia


mahathir_mohamad

(Bicara 1 Suara Kepimpinan) – Walaupun mendakwa bahawa hampir 1.24 juta tanda tangan rakyat telahpun di pungut untuk meminta Dato Seri Najib Tun Razak berundur dengan menyerahkannya kepada Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong, masih belum lagi boleh berharap Agong mampu memecat Dato Seri Najib.

Mahathir seperti baru mengenali perlembagaan Malaysia walaupun pernah menjadi Perdana Menteri negara ini hampir 22 tahun, ini bermakna Mahathir tidak penah meneliti perlembagaan Malaysia selama menjadi Perdana Menteri selain duduk bersembang bagaimana mahu mengkayakan kroni disekelilingnya.

Mahathir tidak tahu rupanya Agong tidak mempunyai kuasa untuk memecat Perdana Menteri, walaupun Agong mempunyai kuasa melalui budi bicara untuk melantik Perdana Menteri yang mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Kumpulah sebanyak mana pun tanda tangan, hanya rakyat memalui pilihan raya sahaja yang boleh mengugat kedudukan Perdana Menteri itu pun jika ahli UMNO tidak lagi melantik Najib sebagai Presiden mereka.

Yang terkini Mahathir cuba memalukan Yang Di Pertuan Agong dengan mendakwa bahawa Agong kini di bawah ‘kawalan’ Dato Seri Najib, apa yang perlu di fahami oleh rakyat ialah Mahahtir cuba membodoh rakyat negara ini dengan berselindung atas nama ‘bekas’ Perdana Menteri selama 22 tahun.

Rakyat dimomokkan dengan kehebatan beliau semasa menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO, rakyat dibohongkan dengan segala kehebatan, kejayaannya dan popularitinya semasa menjadi Perdana Menteri, atas nama Melayu tetapi sahingga kini tiada apa pun yang boleh dibanggakan dengan nama Melayu.

Mahathir hanya membawa harapan palsu kepada rakyat Malaysia melalui Deklarasi Rakyat, sama seperti ujudnya parti Keadilan Rakyat, yang sahingga kini tidak pernah adil didalam menguruskan negara dan rakyat.

Mahathir sering mempermainkan dan memperbodohkan rakyat, dulu beliau sering berkata sesaorang itu tidak bersalah selagi tiada makamah yang membuktikan kesalahhannya, begitu juga dengan ungkapan “kita Tak boleh mencabuli ‘the rule of law’”, tetapi kini beliau telah mula mencabuli ketetapan undang-undang dan perlembagaan demi nafsunya.

Mahathir beranggapan undang-undang dan perlembagaan hanya terpakai pada dirinya sahaja tetapi jika melibatkan orang lain terutama kepada Dato’ Seri Najib maka ‘the rule of law’ itu tidak terpakai dan perlembagaan boleh dibuang kedalam longkang.

Dan setelah menyedari rakyat mula bijak menilai maka beliau kini bergabung dengan pembangkang yang nyata sejak azali tidak pernah bersetuju dengan kerajaan Barisan Nasional dan UMNO, malah pembangkang telah menyimpan hasrad beitu untuk menguburkan kerajaan ini dengan apa cara sekali pun.

Rakyat dan Ahli UMNO khasnya perlu sedar bahawa walaupun Mahathir bukanlah ancaman utama pada masa kini tetapi beliau mempunyai keupayaan untuk menarik simpati dengan usia dan kesihatannya, sama seperti apa yang berlaku pada Allahyarham Tunku Abdul Rahman ketika menentang Mahathir satu ketika dahulu.



Comments
Loading...