Surat Terbuka buat Syed Saddiq
Masa adik 6 tahun, kami lawan di jalanraya. Gas pemedih mata dan water cannon tu biasa. Masa tu kami sungguh-sungguh lawan bukan semata-mata nak bela Anwar, kami nak Mahathir undur. Sama seperti yang adik mahu Najib undur. Ya, kami juga mahu selamatkan Malaysia waktu itu.
Muhamad Harris Nasril
Dik,
Kami dulu kena hempuk di jalanraya dengan FRU pasal lawan mahathir. Masa tu 1998 era reformasi.
Dik buat apa masa tu?
Dik umur sekarang 24 bukan?
2016 tolak 1998, bersamaan 18 tahun.
Jadi adik di mana 18 tahun dulu?
Adik Saddiq masa tu 6 tahun.
Masa adik 6 tahun, kami lawan di jalanraya. Gas pemedih mata dan water cannon tu biasa. Masa tu kami sungguh-sungguh lawan bukan semata-mata nak bela Anwar, kami nak Mahathir undur. Sama seperti yang adik mahu Najib undur. Ya, kami juga mahu selamatkan Malaysia waktu itu. Tapi kami tak ada lawan pergi kumpul tanda tangan. Itu kerja bodoh dik. Kami tak ada pergi hotel ceramah, duduk bawah aircond, pakai smart, dan kemudian claim lawan untuk rakyat.
Dik,
Sekarang 18 tahun sudah berlalu, adik nak selamatkan Malaysia bersekongkol pula dengan Mahathir, orang yg sama rosakkan Malaysia terlebih dahulu.
Dik,
Sebab tu lah ramai abang-abang dan kakak-kakak ketawa sahaja dengan adik.
Masa adik main baling guli, kami ni main baling peluru tear gas.
Dik,
Jangan tertipu dengan Mahathir. Abang bukan nak bandingkan perjuangan abang kena ligan dengan FRU dan adik yang duduk sedap bawah aircond.
Abang nak ingatkan adik yang Mahathir tu dulu diktator yang zalim.
Dia tu politikus yang sangat licik di muka bumi Malaysia ni.
Abang kasihan lihat adik diperkudakan dengan dia.
Adik dengan muka bangga pula ingat adik sedang selamatkan Malaysia.
Adik sebenarnya bukan selamatkan Malaysia, adik sedang membantu Mahathir nak selamatkan legasi dia, Adik tahu kenapa Mukhriz tak letak jawatan seperti ayahnya?
Tu la dik, Mahathir sebenarnya nak pastikan Mukhriz tu jadi PM. Itu sahaja dik.
Kalau adik benar-benar mahu selamatkan Malaysia, kita kena ubah sistem dik, bukan tukar satu diktator dan gantikan dengan diktator yang baru.
Dik,
Abang ingatkan lagi sekali dik, sebab Melayu mudah lupa. Bila kita tahu sejarah, barulah kita tak ulangi kesilapan di masa depan dik.
Akhir sekali, adik tahu tak yang sejuta tandatangan tu pun rupanya Mahathir tipu juga?
yang benar,
kena pukul dgn cota FRU 1998
Muhamad Harris Nasril