Pada Mu ya Allah daku berserah


Mastura Yazid

Rita Salwany

Mastura Yazid, nama yang dicalonkan untuk PRK di P067 bagi mengisi kekosongan arwah Allahyarham Dato Wan Khai’ril yang terlibat dengan trajedi helicopter terhempas di Sarawak.

Mastura ‘dilabel’ oleh pihak sebagai ‘janda yang mati laki yang gila kuasa’. Begitu tajam sekali teriakan yang mungkin ada agenda sendiri. Suara teriakan ini seolah2 menyampaikan satu’message’ seperti ‘hati tak lepas, dendam tak sudah’? Perbuatan ini ibarat ‘membasuh arang yang terconteng di muka sendiri? Dimana satu situasi yang mana pihak ini cuba menghilangkan aib pada diri sendiri dan lantas meletakkan kesalahan kepada orang tertentu seperti Mastura yang tidak bersalah.

Mengapa perlu bersikap seperti ‘anjing menyalak bukit’ walhal kita sebagai orang yang berakal sewajarnya pasrah keputusan yang dibuat oleh majlis tertinggi dalam parti. Agama, budaya telah mendidik kita untuk berbaik sangka dan jangan keterlaluan serta sentiasa menyambung perhubungan silatulrahim antara sesama manusia tidak kira bangsa atau agama.

Mastura percaya dan berpegang kepada ketentuan Allah. Seorang yang begitu akur kepada ketentuan dan dia bersifat sebegitu memandangkan ilmu yang telah diceduk dari kecil, pengalaman bersama rakyat yang digauli selama 27 tahun serta keperibadian yang sentiasa mengutamakan kesopanan apabila bertutur. Setiap kata2 nya sering beralas yang mana dia mengutamakan dengan siapa beliau bertutur, wanita berakhlak tinggi yang menjadi buah mulut orang Kuale, tetap di hati rakyat. Kata-kata rakyat yang baik adalah doa dan dengan doa itulah Mastura ditaqdirkan menjadi calon BN pada kali ini.

Niat atau nawaitu hanya Allah sahaja yang tahu, bukan manusia. Biarkan masa menentukan hala tuju sesuatu perancangan sebab yang baik tetap dari Tuhan.

Tetapi langit tidak selalu cerah, niat yang murni selalu dicemari. Kata Mastura, ‘Tak apalah, setiap sesuatu berlaku ada sebabnya lalu dengan kasih sayang.” Mastura titipan suara yang dia rela dan sanggup untuk berjuang demi bangsa dan agama.

 



Comments
Loading...