‘Saya, Tun M semakin rapat’, kata Mat Sabu


mat sabu

(Sinar Harian) – Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu (Mat Sabu) memberi gambaran seolah-olah memaafkan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah memenjarakannya di bawah tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), apabila kini menyifatkan hubungan dengan bekas musuh politiknya itu umpama anak dan ayah.

Beliau yang kini sepentas dengan bekas perdana menteri itu mengakui, hubungan rapat mereka itu ketika berucap sempena siri Jelajah Deklarasi Rakyat, di sini.

“Walaupun saya dulu teruk berkelahi dengan Tun, dua kali kena ISA tapi itu bukan masalah berkelahi peribadi. Kita lawan dasar, kita lawan sistem, bukan lawan peribadi,” katanya.

 



Comments
Loading...