PAS akui rapat dengan UMNO demi raih undi – Hadi


hadi-awang_umno_pas_600

(FMT) – PAS akan menyokong perkara yang baik dan rapat dengan semua pihak termasuk DAP.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui parti Islam itu kini sedang berbaik-baik dan mendekati UMNO atas satu tujuan iaitu meraih undi.

Katanya, walaupun pendekatan itu ditentang kuat AMANAH, Hadi berkata PAS tetap mahu berbaik dengan semua pihak termasuklah DAP.

“Dia (AMANAH) susah kalau kita nak baik dengan UMNO. Kalau tak baik dengan UMNO macam mana nak suruh orang UMNO undi kita.

“Kena baik dengan dialah. Nak suruh berbalah dengan UMNO, DAP pun kita nak baik. Biar orang DAP undi kita, kita baik dengan semua. Yang tak baik kita bangkang. Itu pendekatan kita,” katanya ketika berucap pada Forum Perdana di Dataran Ketior Manong malam tadi.

Read more here



Comments
Loading...