PRK: Siapa pilihan orang Melayu?


sunagi-besar-kuala-kangsar

Semua parti bertanding di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar mewakili orang Melayu dan calonnya juga semua Melayu belaka.

Srihanasham Noordin, Free Malaysia Today

Tinggal satu hari lagi pengundi Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan memilih wakil rakyat dan tempoh 24 jam ini jugalah, peluang terakhir calon di kedua-dua PRK ini berkempen dengan menabur janji, merayu untuk mendapatkan undi.

Parti yang bertanding sama saja di kedua-dua kawasan Parlimen ini iaitu Umno (BN), PAS dan Amanah. Faktor calon bebas di Kuala Kangsar, boleh diletakkan di tepi kerana dia pasti tidak mampu untuk memberikan saingan, hanya acah-acah kacau daun saja.

Tiga calon di Sungai Besar ialah Budiman Mohd Zohdi daripada BN; Dr Abdul Rani Osman (PAS) dan Azhar Abdul Shukur (Amanah) sementara di Kuala Kangsar pula BN menamakan Datin Mastura Mohd Yazid, isteri allahyarham Wan Mohammad Khair-il Anuar; PAS letak Ketua Dewan Muslimat Peraknya Dr Najihatussalehah Ahmad manakala bekas profesor Universiti Teknologi Malaysia, Dr Ahmad Termizi Ramli mewakili Amanah.

Apa yang menarik, semua parti bertanding adalah mewakili orang Melayu dan calonnya juga semua Melayu belaka. Latar belakang pendidikan dan kedudukan dalam parti masing-masing juga sama hebat, sama pandai.

Jadi, persoalannya siapa yang orang Melayu akan pilih?

Amanah

Kedua-dua kerusi itu berada di tangan Umno selepas menang pada PRU13. Meskipun majoritinya kecil, kemenangan tetap milik mereka. Dan kedua-duanya kerusi tradisi yang ditandingi PAS, walaupun mereka tidak menang.

Kali ini, Amanah masuk pertaruhkan nasib. Atau juga sebenarnya menawarkan sesuatu yang segar kepada pengundi? Mungkin bukan saja untuk pengundi Melayu, tetapi mereka yang bukan Melayu. Bukan lagi rahsia kita tahu siapa yang menjadi bayang-bayang Amanah. Bayang-bayang atau pemegang tali boneka?

Tapi, mungkin orang Melayu yang tidak pernah setuju dengan elemen perkauman akan beri peluang kepada Amanah dengan menyambut salam mereka dan memangkah parti serpihan PAS itu.

Namun, jangan sesekali memandang enteng pada pengundi Cina kerana pengaruh mereka kali ini akan memberi kuasa besar pada menang kalahnya parti bertanding dalam PRK berkembar ini.

Read more here



Comments
Loading...