Wan Azizah cabar Tun M bertanding dalam PRU


wan-azizah

(Berita Harian) – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail mencabar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang sekiranya tokoh negara itu mahu terus membabitkan diri dalam kancah politik.

Dr Wan Azizah berkata, Dr Mahathir perlu berbuat demikian bagi membuktikan dirinya layak untuk menerajui blok pembangkang.

“Jika beliau mahu menjadi Ketua Pembangkang, masuk bertanding dahulu. Atau sekurang-kurangnya menjadi ahli di mana-mana parti terlebih dahulu,” katanya ringkas ketika ditemui di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini, hari ini.

Terdahulu, Dr Wan Azizah meluangkan masa kira-kira 10 minit menziarahi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) HPP.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Abdul Rashid Hasnon dan Timbalan Angkatan Muda Keadilan PKR, Dr Afif Bahardin.

 



Comments
Loading...