Sampah meningkat 25% di bulan puasa


Alam-Flora

(Bernama) – Sisa makanan yang tidak dihabiskan atau tidak diusik menyebabkan sampah meningkat 400 tan sehari.

Jumlah pembuangan sisa pepejal di ibu kota pada bulan Ramadan meningkat 25% atau 3,000 tan sehari, berbanding 2,500 tan sampah pada hari biasa, menurut syarikat pengurusan sampah, Alam Flora.

Ketua Pengarah Eksekutifnya Datuk Mohd Zain Hassan berkata sisa makanan yang tidak dihabiskan atau tidak diusik, termasuk yang dijual di bazar Ramadan adalah antara penyumbang utama kepada peningkatan jumlah sampah tersebut.

“Setiap kali bulan puasa, kita dapat lihat kebanyakan masyarakat melakukan pembaziran makanan sehinggakan jumlah sisa pepejal yang dibuang di kawasan Kuala Lumpur meningkat kira-kira 400 tan sehari,” katanya kepada pemberita selepas program Imarah Ramadan Bersama Alam Flora semalam.

Beliau menasihatkan rakyat agar mengelak pembaziran dan berbelanja mengikut keperluan serta memastikan sampah diuruskan dengan lebih baik.



Comments
Loading...