GST – Blessing in Disguise (with BM Translation)


GST

Dominic Chia

GST (Goods and Services Tax) was implemented on the 1st April last year. Though its unpopular among Malaysians, local economists of the view that it is the best ever measure taken by our PM, Dato’ Sri Najib Tun Razak to face the uncertainties in the global-economy partly due to an unexpected dive in oil price since mid- 2014.

GST caused price hike but not inflation

Of course GST had caused price hike and made the people to be more wary on their daily expenses as they are aware that their disposable income is somewhat shrunk. The Malaysian Statistic Department underscored the careful behavior of Malaysians towards spending as the underlying cause for the inflation rate to fall from 2.6% beginning of this year to 2.0% in April.

Adding to this, there are vast varieties of selected goods and services- exempted from GST. According to the Royal Malaysian Customs, 8630 brands of drugs are successfully exempted from GST since 1st Apr of 2015. These exemptions not only had caused the aforesaid drop in inflation but also benefitting large groups of low and middle income Malaysians.

GST prospers nation

Besides pushing Malaysians to adopt a wise spending- culture indirectly, GST also enables the business community to claim back GST which they spent on their inputs. So, via GST- reimbursement, companies could maintain sufficient cash –flow, which is indispensable for a successful business.

The GST also widely regarded by the local economists as the new golden egg- laying goose for the Malaysian economy, given the current oil price hovering below USD50 per barrel. It is noteworthy that 2 years ago, when the oil price was around USD100 per barrel, Petronas (Petroliam National Berhad) had contributed RM60 billion to the nation’s income. However, now, the contribution expected to be as low as RM23 to RM31 billion.

According to Rohami Shafie, a senior lecturer in the Accounts Research Centre in UUM (University Utara Malaysia), GST’s contribution to the Malaysian economy is between 10%-18% of GDP, annually. Whereas, before GST came to effect, SST (Sales and Services Tax) contribution were only 8%.

Rohamie also had revealed that the total GST collection made until Dec 2015 was RM27.012 billion. And for this year the estimated collection is around RM39 billion. So, it is obvious that GST is the best tool to prop up the nation’s income- to face the uncertain global economy.

GST better than SST

GST is comparably more reliable than SST for collecting tax from the people at large. It covers almost all Malaysians and the amount being collected is much higher. According to local economists, this improvised taxing system is necessary for the government to engage in investments which are beneficial for the people and keep the GDP growth at desirable level.

GST’s role in fiscal policy

Najib and his team of fiscal policy makers responsible to make sure that the GDP(Gross Domestic Product) growth in Malaysia is healthy. And at the same time keep the fiscal deficit as low as possible. It is like hitting 2 birds at one stone. Some may wonder why it is so important. It is important because the GDP growth and the fiscal deficit are among the fundamentals considered by the international rating agencies to access the economy of a nation. Therefore, the ratings are very important as it would be considered by foreign countries to invest in Malaysia.

As per now, our GDP growth is between 4% and 5%- which is not too bad and the fiscal deficit is stood at 3.1% of GDP. Thanks to the well- streamlined budget based on the oil price assumption: USD30 to USD 35 per barrel for the year 2016 and most importantly, our well- diversified economy with the addition of GST.

 

—————————————————————————————

GST Bagaikan Ubat Pahit

Oleh Dominic Chia

Sebagaimana kita sedia maklum, GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) telah dikuatkuasakan pada 1 Apr 2015. Sungguhpun sistem pencukaian GST tidak begitu popular di kalangan rakyat Malaysia; menurut pandangan pakar ekonomi tempatan, GST merupakan antara langkah terbaik PM, Dato’ Sri Najib Tun Razak untuk menghadapi ketidaktentuan ekonomi global. Keadaan tidak menentu ekonomi global ini disebabkan oleh beberapa faktor terutamanya kejatuhan harga minyak dan gas di pasaran global sejak pertengahan tahun 2014.

GST menyebabkan kenaikan harga tetapi kadar inflasi menurun

Sesungguhnya pencukaian GST menyebabkan rakyat berbelanja dengan lebih berhati-hati kerana wujudnya kesedaran bahawa pendapatan boleh belanja mereka telah menyusut. Langkah berjaga-jaga mereka, menurut Jabatan Statistik Malaysia menyebabkan kadar inflasi negara menurun daripada 2.6% pada awal tahun 2016 kepada 2.0% pada bulan April 2016.

Begitu pun, tidak kurang juga barang dan perkhidmatan yang dikecualikan daripada GST. Sebagai contoh: Menurut Jabatan Kastam Diraja Malaysia, sebanyak 8630 jenama ubat-ubatan diberi pelepasan GST sejak 1 Apr 2015. Pengecualian GST ini bukan sahaja menyebabkan jatuhnya kadar inflasi, tetapi juga meringankan beban kos perubatan golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang merupakan golongan majoriti rakyat Malaysia.

GST mengayakan negara

Selain menyebabkan rakyat Malaysia berbelanja secara berhemah, GST juga membolehkan golongan peniaga untuk menuntut kembali kos cukai input mereka. Tuntutan kembali kos cukai input daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia seperti termaktub dalam Seksyen 8 Akta Syarikat 1965, membolehkan golongan peniaga untuk memiliki aliran tunai yang secukupnya sepanjang masa. Aliran tunai yang cukup membolehkan mereka menjalankan perniagaan dengan lebih mudah dan efisyen.  

GST dikatakan sebagai sumber pendapatan baru yang berkesan oleh kebanyakan pakar eknomi tempatan. Lebih-lebih lagi dalam situasi di mana, harga minyak di pasaran global hanya di sekitar USD50 hingga USD60 setong. Dua tahun yang lalu- tatkala harga minyak lebih kurang USD100 setong, Petronas (Petroliam Nasional Berhad) mampu menyumbangkan RM60 bilion kepada pendapatan negara. Namun kini, dijangka sumbangannya akan menjadi jauh lebih rendah- di antara RM23 bilion hingga RM31 bilion.  

Menurut Rohami Shafie, Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Perakaunan UUM (Universiti Utara Malaysia), sumber pendapatan GST tahunan meliputi 10 hingga 18% daripada KDNK(Keluaran Dalam Negara Kasar). Manakala, sebelum amalan GST, sumber pendapatan daripada sistem pencukaian SST(Cukai Jualan dan Perkhidmatan) hanya 8% setahun.

Menurut artikel Rohami Shafie dalam Majalah Dewan Masyarakat keluaran bulan MEI 2016, pungutan cukai GST sebanyak RM27.012 bilion berjaya dilaksanakan sehingga bulan Dis 2015. Bagi tahun 2016 pula dianggarkan sebanyak RM39 bilion akan dipungut melalui sistem cukai baru itu. Rekod pungutan cukai GST ini mencerminkan sejauh manakah GST boleh mengukuhkan pendapatan negara untuk menghadapi situasi ekonomi global yang semakin mencabar dan membuat pelaburan dalam projek-projek pembangunan yang memberi manfaat kepada rakyat.

GST lebih baik daripada SST

GST sememangnya satu sistem pencukaian yang lebih baik daripada SST kerana kemampuannya untuk mengutip cukai secara meluas dan dalam amaun yang tinggi secara sistematik. Pungutan cukai tidak langsung ini juga dikatakan lebih berkesan kerana sumbangannya yang lebih besar berbanding dengan pungutan cukai langsung daripada individu. Menurut Lembaga Hasil Dalam Negara (LHDN), sehingga Dis 2015, seramai 791,239 individu serta 65, 545 syarikat tidak membayar cukai sejumlah RM8.2 bilion. Pada hakikatnya, amaun sebesar ini boleh digunakan untuk pelbagai projek pembangunan rakyat.

Peranan GST dalam Polisi Kewangan

Dato’ Sri Najib Tun Razak dan pasukan pembuat polisi kewangannya bertanggung jawab untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara sentiasa dalam keadaan yang baik. Justeru itu, mereka juga harus memastikan defisit fiskal negara pada tahap yang tidak begitu tinggi. Sehubungan dengan itu, umum harus faham bahawa kadar pertumbuhan KDNK dan defisit fiskal dalam ekonomi negara itu akan dinilai oleh agensi- agensi penaraf antarabangsa. Hasil penilaian agensi-agensi ini akan digunakan oleh pelabur-pelabur asing untuk membuat penilaian tentang kedudukan ekonomi sesebuah negara sebelum membuat pelaburan. Oleh hal yang demikian, pembuat dasar fiskal bertanggung jawab untuk memastikan kadar pertumbuhan KDNK serta defisit fiskal menarik bagi pelabur asing. Hal ini dikatakan demikian kerana pelaburan asing yang banyak bukan sahaja menyumbang kepada ekonomi negara tetapi juga menyediakan peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat tempatan. Lantaran itu, taraf kehidupan rakyat juga akan meningkat.

Sehingga kini, kadar pertumbuhan KDNK negara adalah sederhana iaitu, di antara 4% hingga 5%. Manakala, defisit fiskalnya pula pada tahap 3.1% daripada KDNK. Bacaan ini sememangnya mencerminkan keadaan ekonomi negara yang masih kukuh dan mampu menarik pelabur asing. Ternyata, selain penyelarasan semula bajet pada Okt 2015 berdasarkan ramalan harga minyak, iaitu USD30 hingga USD35 setong bagi tahun 2016; pencukaian GST juga menyebabkan bacaan kadar pertumbuhan KDNK serta defisit fiskal yang menarik itu.



Comments
Loading...