Satira: “Malaysian man stands up against religious policing during Ramadan”
Semua mata-mata adik kakak abang makcik pakcik merenung ke arah saya sambil menggeleng-geleng kepala. Inilah masalah Melayu, suka jaga tepi kain orang.
Harris Nasril
Tadi lepas solat zohor, saya berjumpa dengan doktor. Seperti biasa saya diserang gastrik.
Saya memang ada sejarah gastrik yang serius. Doktor pun beri saya MC. Yes!!! Boleh makan!
Dengan kopiah di atas kepala saya, saya menuju ke Duck Rice Shop. Saya lapar gila. Tapi saya tak rasa nak makan nasi, saya makan pasembor.
Selepas mengorder, saya pun duduk di meja. Semua mata-mata adik kakak abang makcik pakcik merenung ke arah saya sambil menggeleng-geleng kepala. Inilah masalah Melayu, suka jaga tepi kain orang. Kau orang tak pernah kena gastrik kah?
“Bro, kau tak puasa ke?” tanya seorang mamat, dia membuat muka bengkek.
“Ha ah tak puasa. Kau ada masalah ke? ” saya jawab dengan muka selamba.
Apa masalah mereka-mereka ini? Perlukah saya menampal MC gastrik saya di dahi? Saya pedulikan sahaja mereka dan terus makan dan minum, walaupun diganggu. Saya tahu mereka mahu buat saya rasa bersalah atas nama agama, tapi saya tahu apa yang saya buat ini tidak salah langsung. Saya gastrik!
Tiba-tiba pengurus kedai Duck Rice Shop muncul betul-betul di depan saya. Sudahlah staffnya tadi masa hidangkan pasembor tu dicampak sahaja pinggan di atas meja! Nasib baiklah saya sempat menahan pinggan tersebut dari jatuh. Jika tidak, tentu saya sudah sembur mereka.
“Bro melayu ke?”
“Melayu campur cina, sebab tu mata sepet sikit”
“Bro muslim kan?”
“Ya lah, tak nampak kopiah ni”
“Jadi kenapa bro makan?”
Saya berhenti mengunyah. Masa seakan-akan berhenti.
“Here it goes, jadi lagi. Kat mana2 semua macam ni!”
Rasa nak maki je pengurus ni. Kalau dia tak bagi saya makan, patut dari awal-awal lagi dia tak perlu jual pasembor tu pada saya! Bukan dengan mengganggu saya sedang menikmati pasembor yang sedap ni!
Dia terus berleter mengenai adab orang islam. Bla bla bla. Ahmoi cun sebelah pun dah start pandang saya semacam.
“Encik, makan dan minum tak salah pun di sisi undang-undang !” saya menjawab kembali.
“Ya lah!, tapi bro buat macam ni dah mencalarkan imej islam. Kalau dah tahu mata sepet macam cina, tak payah la pakai kopiah, at least orang akan fikir bro ni non muslim!”
Mujurlah ada kawan saya, yang juga non muslim cuba untuk menenangkan pengurus itu.
“Rilekslah encik, Dia tak kacau orang pun”
“Awak jangan masuk campur! Ini urusan orang islam!” jawab pengurus itu lagi.
“Encik, saya tahu saya tak salah, Islam tak ajar kita macam ni!” saya menambah.
“Ah! Sudahlah!” Pengurus itu kemudian meninggalkan meja saya sambil menggeleng-gelengkan kepala.
Saya tak puas hati. Jilaker punya pengurus, nak perli2 saya pula. Saya terus meluru kearahnya.
“Encik, saya ni pelanggan kamu! Encik tak harus biadap dengan pelanggan. Tak tahu kah customer always right?”
“Bro, pihak berkuasa boleh serbu restoran ni dan menghukum saya sebab hidangkan makanan pada Muslim di bulan Ramadhan! Bro tahu ke tak?”
“Itu pihak berkuasa, apa pula pandangan Islam?” saya bertanya kepada pengurus itu.
“Ya, Islam pun tak benarkan!”
WOW! Saya terkejut mendengar jawapan begitu. Adakah ISlam tidak membenarkan pesakit gastrik seperti saya ini untuk makan? Doktor pun sudah beri nasihat untuk makan, apa lagi mereka mahu? Saya tak terkejut jika ramai Muslim berfikir begitu!
“Baiklah, bagi saya habiskan pasembor ini dulu. Sedap giler baq hang! Lepas tu saya pergi”
Tak sampai lima minit, datang pula pelanggan lain. Seorang pak lebai dengan isterinya bertudung labuh, anak pula berderet seperti tangga, mengganggu saya.
“Assalamualaikum!”
“Waalaikumussalam!”
“OOO orang islam. Apa hak kau nak makan kat tempat umum ni dik? Kau tak pandai nak hormat orang berpuasa ke?” marah pak lebai itu. Mukanya merah. Matanya dibesarkan. Macam mahu makan orang!
Saya malas nak layan. Saya terus panggil pengurus tu.
“Encik, apa masalah pak lebai ni, saya nak habiskan pasembor ni pun dia butthurt apasal?”
Pengurus itu rupanya tidak berpihak kepada saya. Boleh pula dia berpakat dengan pak lebai tu menibai saya di khalayak ramai.
“Kalau perempuan datang bulan pun…”
belum sempat dia menghabiskan ayat itu saya mencelah. Walaupun saya lelaki, saya tak akan benarkan dia menghukum wanita kerana sifat semulajadi wanita itu.
“Apa masalanya perempuan datang bulan? Diorang mmg dibenarkan tak puasa dan boleh makan! Apa masalah korang? ” mata saya merenung tepat ke mata pengurus.
Dia tak senang.
“Agak-agak la bro! Tapi kau ni tak tahu hormat langsung ke? Bro ni rosakkan imej agama Islam!”
Ironi di sini memang besar.
Sejak bila dah melayu ni dah pandai jadi polis moral pada ibadat orang lain?
Nabi Muhammad pun kalau di bulan puasa, bila berdepan kesukaran dia akan berkata “Saya puasa, saya puasa”, untuk mengelakkan rasa marah. Saya yang tak puasa ni pun tak marah, apatah lagi melayu-melayu yang puasa ni, marah macam punggung kena bakar api!
Saya habiskan pasembor, bayar bil dan tinggalkan restoran Duck Rice Shop tersebut. Pengurus buat muka celaka rasa nak penyepak, staffnya pula mengumpat2 bila berjalan-jalan melepasi saya sambil menangkap gambar. Kejap lagi mesti diorang nak viralkan “ada mamat berkopiah makan pasermbor di bulan puasa”. Saya dah tahu dah perangai manusia-manusia macam ni.
Semasa saya menuju keluar restoran, ada beberapa orang memberikan kata semangat kepada saya, mungkin mereka pesakit gastrik juga.
“Teruskan pertahankan hak kamu bro! Lawan tetap lawan. Membujur lalu memakan pasembor!”
Terima kasih! Ya memang kita perlu pertahankan hak kita untuk makan. Dah sakit nak buat macam mana? Nak biar melarat lepas tu masuk hospital? Siapa nak bayar bil hospital kalau saya dimasukkan ke wad? Dah la hospital pun sekarang mahal nak mampus! Hospital kerajaan saya tak suka!
Menjadi polis kepada kepercayaan dan ritual peribadi adalah satu perbuatan outdated.
Jaga tepi kain sendiri lah woi Melayu acah-acah islamik!
Check la priority! Nak lawan apa? Dari korang lawan hak aku untuk makan di tempat terbuka sebab gastrik ni, baik korang lawan Jibby n de gang dan betulkan sistem negara yang rosak. Kepercayaan tinggalkanlah pada individu! Kalau semua orang buat baik, baru lah melayu ni maju dan produktif!
(satira ini adalah fiksyen rekaan semata-mata tiada kena mengena terhadap sesiapa shj yg masih hidup atau meninggal dunia)