KENYATAAN ADUN & MP PAS SELANGOR


tuan-ibrahim

SOKONGAN TERBUKA ADUN DAN AHLI PARLIMEN PAS SELANGOR KEPADA KENYATAAN TIMBALAN PRESIDEN DAN NAIB PRESIDEN PAS

Setelah meneliti dan membincangkan dengan mendalam, kesemua ADUN dan Ahli Parlimen PAS di Selangor dengan ini menyatakan sokongan secara terbuka terhadap pandangan yang dilontarkan oleh Timbalan Presiden PAS, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden PAS, YB Dato Iskandar Abd Samad.

Selanjutnya ADUN dan Ahli Parlimen Pas di Selangor juga berpendirian seperti berikut :-

1. Parti parti politik Pro “Blok Pembangkang” berhenti menyerang diantara satu sama lain dan menghalakan serangan terhadap UMNO dan BN Selangor;

2. Mencari pendekatan atas nama “Pakatan Pembangkang” untuk mempertahankan kemenangan di Negeri Selangor, yang telah dicapai semenjak 2008;

3. Menumpukan kepada pembelaan kebajikan rakyat dan pembangunan di Selangor;

4. Mencari pendekatan terbaik untuk “1 lawan 1” menentang BN dalam pilihanraya umum ke 14 nanti;

5. Mencari titik persamaan yang terbaik berdasarkan demografi di Selangor dengan syarat menghormati prinsip yang dibawa oleh setiap parti yang berbeza.

Maka ADUN & MP Pas Selangor akan menyerahkan suatu surat kepada pimpinan pusat yang di sokong dan di tandatangani oleh kesemua ADUN dan MP Pas di Selangor.

Jumaat, 15hb Julai 2016

t.t
YB DATO’ DR AHMAD YUNUS BIN HAIRI
N.51 – SIJANGKANG

t.t
YB MOHD SHAFIE BIN NGAH
N.26 – BANGI

t.t
YB MOHD KHAIRUDDIN BIN OTHMAN
N.38 – PAYA JARAS

t.t
YB ZAIDY BIN ABDUL TALIB
N.15 – TAMAN TEMPLER

t.t
YB Ir. MOHD.HASLIN BIN HASSAN
N.54 – TANJONG SEPAT

t.t
YB DR ABD RANI BIN OSMAN
N.42 – MERU

t.t
YB KHASIM BIN ABDUL AZIZ
N.20 – LEMBAH JAYA

t.t
YB DR HALIMAH ALI
N.45 – SELAT KLANG

t t
YB UST HASBULLAH BIN MOHD RIDZWAN
N.17 – GOMBAK SETIA

t.t
YB NOOR HANIM BINTI ISMAIL
N.29 – SERI SERDANG

t.t
YB RAZALY BIN HASSAN
N.23 – DUSUN TUA

t.t
YB UST SALLEHEN BIN MUKHYI
N.02 – SABAK

t.t
YB DR CHE ROSLI CHE MAT
P.101 – HULU LANGAT

 

 



Comments
Loading...