DAP terus berbohong isu terowong dasar laut dan jambatan ketiga
(PRU14) – Setiap patah perkataan yang dikeluarkan oleh pemimpin DAP semuanya bersifat sampah dan bahan lupus yang tidak boleh diguna pakai langsung. Bahan sampah yang keluar ini bukan sahaja akan memudaratkan keharmonian kaum malah ianya mengajar rakyat agar sentiasa berbohong walaupun pada perkara yang salah.
Sikap yang menjadi amalan DAP ini bukan sekali dilakukan malah setiap gerak kerja dan kenyataan yang diberikan perlulah ditapis sehalus-halusnya untuk kita mengambil sedikit kebenaran jika ada.
Namun rakyat sekarang sudah sedia maklum bahawa DAP bukan sahaja sebuah parti perkauman , malah ianya sebuah parti yang amat rasis disamping melakukan penindasan, kezaliman serta kejam terhadap bangsa lain.
Pembohongan yang dilakukan bukan sahaja bersifat janji pilihanraya malah ianya dilakukan juga dalam mengaburi mata rakyat serta mahu menutup kesalahan yang dilakukan oleh pemimpin DAP. Pembohongan ini telah diolah agar ianya kelihatan seperti kejadian yang benar-benar berlaku.
Mungkin sebelum ini, rakyat telah terpengaruh dengan kata-kata yang dilontarkan oleh DAP kepada mereka berkaitan dengan apa juga isu. Namun setelah mengalami siri pembohongan yang dilakukan oleh DAP sekarang, mungkin ada rakyat yang telah memikirkan bahawa tindakan menyokong DAP adalah satu kesilapan yang besar.
Kesilapan menyokong DAP oleh rakyat boleh dipatahkan semula dengan beralih memberikan sokongan kepada parti kerajaan yang mana telah banyak memikirkan hal kebajikan rakyat dan tanpa jemu terus memikirkan hala tuju negara untuk dicapai bersama rakyat.
Matlamat membangunkan masyarakat terus dibuat oleh kerajaan dalam kepelbagaian cara, DAP hanya menunggu peluang untuk mencari kesilapan teknikal yang dilakukan oleh kerajaan dan sebagaimana biasa ianya akan dijadikan isu yang besar .
Isu yang sedemikian di olah oleh DAP untuk menekan kerajaan dan semestinya ia bertujuan untuk menutup kelemahan, tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat kepada DAP. DAP dalam usaha yang dikatakan kononnya membantu rakyat tetap terus menggunakan nama rakyat untuk melindungi setiap gerak laku yang bersalahan dengan tertibnya seorang pemerintah negeri.
Kerajaan dalam menjalankan tanggungjawabnya terus mengingatkan Lim bahawa sebarang projek infrastruktur besar untuk pengangkutan, khususnya yang merentasi laut, tidak boleh wujud secara bersendirian dan akan mempunyai kesan yang amat besar jika tidak dirancang dengan baik.
Keangkuhan Lim telah mencabar kerajaan. DAP dengan angkuh mendakwa mampu lakukannya tanpa sokongan kerajaan. Ini merupakan salah satu pembohongan yang dilafazkan oleh seorang Ketua menteri yang merasakan dirinya cukup hebat.
Pembohongan DAP dapat juga dilihat bagaimana janji pilihanraya yang mana akan memberikan keselesaan terhadap rakyat telah dinafikan, malah kerajaan DAP memulakan pemerintahan dengan memberi kesengsaraan kepada rakyat.
Bukan itu sahaja, pembohongan mengenai tariff air , percukaian yang akan diturunkan tidak menjadi kenyataan . Rakyat dibohongi dengan begitu rakus sekali demi untuk DAP menunjukkan kuasa yang ada pada mereka.’