Zam sahkan Musa diserang ‘AIDS’, Dr M arah media


zam_musa-hitam

(FMT) – Bekas pengarang Utusan Melayu milik Umno itu mendedahkan arahan kepada pengarang akhbar supaya berhenti menggambarkan Dr Mahathir dan Musa sebagai gandingan rapat.

Bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin hari ini mengesahkan dakwaan bekas timbalan perdana menteri era 1980-an, Tun Musa Hitam yang menganggap dirinya korban politik disebabkan tuduhan palsu yang dirancang 4 pemimpin Umno ketika itu.

Musa dalam bukunya “Frankly Speaking” menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Sanusi Junid, atau singkatannya “AIDS”, sebagai kumpulan yang menuduhnya cuba menjatuhkan perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Selepas diberitahu Dr Mahathir sendiri mengenai tuduhan itu, Musa berkata beliau bertindak meletak jawatan.

Zainuddin, ketika itu ketua pengarang Utusan Melayu yang rapat dengan Musa, mengesahkan perkara itu, dan berkata Dr Mahathir mengarahkan pegawainya supaya media tidak menggunakan rujukan “2M” menggambarkan gandingan rapat Musa-Mahahtir.

“Yang tersembunyi di sebalik gerakan senyap ini ialah cita-cita Anwar Ibrahim dan Sanusi Junid untuk menjadi perdana menteri dan Daim Zanuddin sebagai kingmaker yang tersembunyi,” kata Zainuddin, yang juga dikenali Zam Maidin, menulis dalam blognya hari ini.

Read more here



Comments
Loading...