Muhyiddin Kini Menjadi Beban Kepada Semua Pihak


muhyiddin

Muhyiddin kini telah disingkirkan dari pakatan mereka. Kegagalannya untuk membatalkan kes perceraian Nika Gee telah menjadikan beliau sebagai beban kepada parti Mahathir iaitu Pribumi dan bagi Pakatan Harapan pimpinan DAP. Jadi sekarang Mukhriz pula akan menjadi “alat” Mahathir.

(PRU14) – Semalam saya menulis artikel tentang Muhyiddin Yassin sebagai presiden sementara Pribumi (BACA DI SINI). Tugas Muhyiddin hanyalah menubuhkan dan memulakan parti itu yang kemudiannya akan diambil alih oleh Mukhriz. Ia akan kelihatan pelik jika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Pengerusi parti dan Mukhriz sebagai Presiden parti. Parti tersebut akan dilihat seperti parti bapa dan anak (walaupun ianya benar) dan bukannya gerakan rakyat seperti yang cuba Pribumi gambarkan.

Ramai yang tidak percaya bahawa Pribumi adalah parti berunsur gerakan rakyat. Pribumi mengingatkan kita kepada Semangat 46, yang mana menurut Rais Yatim adalah parti jeneral tanpa askar. Jeneral-jeneral berada dalam Semangat 46, terang Rais, manakala askar-askar berada dalam PAS. Oleh itu, Semangat 46 perlu bekerjasama dengan PAS. Mereka memerlukan penyokong PAS untuk mengundi mereka kerana Semangat 46 tidak akan mendapat undi yang banyak tanpa PAS.

Segelintir penganalisis politik berpendapat, kolaborasi antara Pribumi Mahathir dan Pakatan Harapan yang dipimpin oleh DAP merupakan situasi di mana kedua-dua belah pihak menang. Sebenarnya tidak begitu. Pribumi memerlukan Pakatan Harapan lebih daripada Pakatan Harapan perlukan Pribumi. Namun begitu, adalah bijak berada dekat dengan musuh, ataupun pihak yang berpotensi untuk menjadi musuh. Dan sehingga mereka jelaskan tentang perkara berkenaan kepada 800 atau lebih kerusi parlimen dan negeri yang akan dipertandingkan di pilihan raya umum yang akan datang, Pribumi mestilah dianggap sebagai parti yang berpotensi menjadi musuh sehinggalah terbukti sebaliknya.

Lim Kit Siang tidaklah sebodoh yang disangka. Apa yang sedang dilakukannya adalah dengan mengikat Pribumi di dalam satu ikatan yang memberi lebih banyak kelebihan kepada Pakatan Harapan yang dipimpin oleh DAP berbanding kepada Pribumi. Bagi Mahathir pula, apa yang adalah selagi masa depan Mukhriz terjamin. Selagi DAP atau Pakatan Harapan sehaluan dengan Mahathir mengenai masa depan Mukhriz, keamanan dan ketenteraman antara mereka akan kekal.

Namun begitu, di sebalik tabir pula, dua “orang” Anwar Ibrahim, Ambiga Sreenevasan dan Clare Rewcastle Brown (Sarawak Report), secara senyap berkempen untuk kebebasannya supaya dia boleh dibebaskan dan membantu ‘menyelamatkan’ Malaysia. Bukankah mereka sudah ada Mahathir, Muhyiddin, Mukhriz dan kempen ‘Selamatkan Malaysia’ untuk itu? Macam mana pula dengan Pribumi, yang lahir daripada kempen ‘Selamatkan Malaysia’ dan Deklarasi Rakyat dengan 1 juta tandatangan palsu itu?

READ MORE HERE



Comments
Loading...