Saya minta Dato Mukhriz jangan jadi seorang munafiq


Haris-Che-Mat

Haris Che Mat

1. Saya amat kesal dengan tindakan penyokong-penyokong Dato Mukhriz yang mengatakan saya seorang pengkianat Parti. Ternyata saya masih lagi dalam Parti UMNO dan Dato Mukhriz pula dalam Parti Pribumi yang sekongkol dengan Parti DAP. Sekarang semua orang tahu siapa yang jadi pengkianat UMNO dan Melayu. Saya minta Dato Mukhriz jangan jadi seorang munafiq.

2. Saya bukan seorang munafiq sebab bukan saya yang sabotage IPO 1MDB dan selepas itu bukan saya yang buat laporan Polis pada Disember 2014, dan bukan saya yang melaung RM42 billion wang 1MDB lesap dan salahkan Perdana Menteri. Ini perbuatan politik yang amat kotor dan jijik. Ini semua perbuatan orang yang munafiq.

3. Sekali lagi saya cabar Dato Mukhriz untuk buat pengakuan bersumpah dengan al-Quran tanpa syarat bahawa beliau dan bapa beliau langsung tidak tahu menahu tendang usaha pihak tertentu untuk sabotage IPO 1MDB dan beliau juga tidak rakus mahu jadi Perdana Menteri secara ‘fast track’.

4. Dato Mukhriz lantang salahkan Perdana Menteri apabila IPO 1MDB gagal. Ini tidak adil sebab bukan Perdana Menteri yang sabotage IPO 1MDB. Dato Muhkriz guna isu kegagalan 1MDB sebagai alasan untuk serang Perdana Menteri. Punca kegagalan 1MDB disebab sabotage IPO 1MDB. Ini satu penginayaan terhadap Perdana Menteri.

5. Dato Mukhriz sekarang anggota parti politik milik bapa beliau iaitu Parti Pribumi. Matlamat Parti Pribumi adalah untuk hancorkan perjuangan UMNO yang telah banyak berjasa kepada orang Melayu. Saya tetap akan bersama UMNO, saya tidak akan ikut Dato Mukhriz yang mementing karier politik diri sendiri.

6. Rakyat semua tahu bahawa seorang ahli politik UMNO tidak akan bertanding jawatan Naib Presiden jika tidak ada cita2 nak jadi Perdana Menteri. Ramai juga rakyat tahu yang Tun Mahathir tidak mahu sebut nama calon yang beliau mahu gantikan Dato Sri Najib. Sekarang semua orang sudah sedar bahawa nama calon Perdana Menteri yang Tun Mahathir mahu ialah Dato Mukhriz.



Comments
Loading...