Bagaimana Najib kalahkan Mahathir tanpa berbuat apa-apa
Gerakan Mahathir untuk mewujudkan dinastinya bermula pada tahun 2009. Apabila beliau gagal, dia mencuba lagi pada tahun 2013 tetapi gagal juga. Mahathir menyalahkan Najib atas kegagalan tersebut. Pada tahun 2013 juga, Mahathir merancang penyingkiran Najib tetapi Najib tidak berbuat apa-apa selama dua tahun. Pada bulan Julai 2015 Najib mengambil langkah menamatkan rampasan kuasa itu. Sejak itu Mahathir membuat kesilapan demi kesilapan dan “dug the hole even deeper”‘.
PRU14
Pada Januari 1981 seorang lelaki bernama Bahram Shah yang turut dikenali sebagai Pak Om, seorang yang rapat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, berjumpa Timbalan Perdana Menteri untuk meminta bantuan menangani perniagaan beliau yang bermasalah.
Menurut Raja Petra, Mahathir memberitahu Pak Om, sebagai Timbalan Perdana Menteri, dia mempunyai kuasa yang terhad. Walau bagaimanapun, tunggu lagi enam bulan, kata Mahathir. Sebaik sahaja dia mengambil alih jawatan Perdana Menteri, dia berkuasa untuk membantu. Tidak lama lagi Hussein Onn akan meletakan jawatan, Mahathir mendedahkan kepada Pak Om.
Mahathir kemudian mendapat proksinya, Sulaiman Palestin, untuk membuat gerakan beliau terhadap Hussein Onn. Pada masa yang sama Mahathir memberitahu Hussein Onn yang Umno mahu Harun Idris diampunkan dan dibebaskan dari penjara. Perkara ini mengganggu Perdana Menteri yang sebelum ini mendesak Umno untuk memilih antara Harun dan dia. Ini adalah apa yang telah dilaporkan pada masa itu:
Ketika itu Hussein Onn hanya pemangku Presiden UMNO. UMNO Bahagian Sungai Besi satu-satunya bahagian UMNO yang telah mencalonkan beliau bertanding menentang Hussein Onn. Cabaran ini bukanlah cabaran yang ‘credible’ namun ia memecahkan tradisi UMNO. Ekoran cabaran dari ‘maverick’ itu, Hussein Onn melepaskan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia pada 16 Julai 1981 kepada Dr Mahathir Mohamad.
Jadi apa yang Mahathir meramalkan enam bulan sebelum itu menjadi kenyataan. Dengan tipu daya dan muslihat, beliau berjaya membuatkan Hussein Onn meletakan jawatan dan beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun. Tidak lama selepas itu, rakan baiknya, Pak Om, diselamatkan dari masalah kewangan dengan dianugerahan Stesen Janaelektrik Sultan Ismail di Terengganu, satu projek yang besar lebih daripada 30 tahun yang lalu.
Dengan projek Stesen di Paka yang Mahathir berikan kepada Pak Om, selain Proton Holdings Berhad, Kompleks Dayabumi, Pusat Dagangan Dunia Putra, Lebuhraya PLUS Utara-Selatan, dan sebagainya, yang berlaku pada masa yang sama, menurut sumber, dalam tempoh lima tahun Mahathir menjadi Perdana Menteri, Umno berjaya mengumpul tidak kurang daripada RM10 bilion dana untuk “war chest”, yang telah diletakkan di bawah penama dan proksi.
Jika anda mengkaji cara Mahathir mengulingkan Hussein Onn, dengan menggunakan Sulaiman Palestin sebagai proksi untuk menentang Perdana Menteri, memang itulah kaedah yang sama dia menggunakan dalam usaha untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak – dengan menggunakan Muhyiddin sebagai proksi untuk menentang Perdana Menteri.
Perkara kedua yang perlu diberi perhatian adalah sebaik sahaja Mahathir menjadi Perdana Menteri, perkara pertama yang beliau lakukan adalah mengumpulkan wang untuk “war chest” Umno. Beliau telah melancarkan banyak projek bagi memenuhi matlamat tersebut.
Pada masa Mahathir bersara, Umno dianggarkan mempunyai sekitar RM100-200 bilion dalam bentuk wang tunai dan aset, tetapi semua diletakkan di bawah penama dan proksi. Apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih dan enggan ‘mengikut arahan’, Mahathir “mengekang” wang itu, memaksa Abdullah untuk meminta bantuan menantunya, Khairy Jamaluddin, anaknya, Kamal, Patrick Lim, Kalimullah Masheerul Hassan, dan sebagainya , untuk mencari wang yang diperlukan bagi membiayai aktiviti Umno dan pilihan raya umum. Apabila Abdullah mula membuat tawaran untuk mendapatkan wang untuk membiayai parti, Mahathir melaungkan rasuah dan salah guna kuasa.
Perkara yang sama berlaku apabila Najib mengambil alih. Apabila Najib tidak ‘mengikut arahan’, Mahathir “mengekang” semula wang, memaksa Najib untuk mendapatkan wang dari tempat lain. Perkara ini menaikan kemarahan Mahathir yang menyangka Najib akan mengadap beliau semula (daripada pergi di tempat lain untuk mendapatkan wang) dan kemudian Najib akan melakukan apa yang Mahathir mahu sebelum wang itu diserahkan.
Mahathir dengan tabiat beliau yang sangat mudah diramal. Beliau mengulingkan tigaPerdana Menteri dan tiga Timbalan Perdana Menteri (dan kini cuba untuk menggulingkan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sekarang). Beliau juga :mengekang” semua dana kepada penggantinya kecuali mereka melakukan apa yang dia suruh. Dan dia menggunakan proksi untuk berperang dan menyerang musuh-musuhnya.