Dr Mahathir mahu jawatan PM, menteri kewangan dipisahkan


mahathir1

(FMT) – Beliau memulakan amalan perdana menteri turut memegang portfolio kewangan, selepas pemecatan Anwar pada 1998.

un Dr Mahathir Mohamad mengakui jawatan perdana menteri dan menteri kewangan tidak boleh dipegang oleh orang sama, walaupun beliau sendiri memulakan amalan itu pada 1998.

“Perdana menteri tidak boleh menjawat menteri kewangan,” katanya berucap di London semalam, seperti dipetik The Wall Street Journal (WSJ).

“Kita perlu ada halangan memastikan perdana menteri tidak juga memegang jawatan menteri kewangan.”

Menurut Dr Mahathir, pengasingan kedua-dua jawatan itu akan memastikan skandal kewangan seperti 1MDB tidak berulang.

WSJ melaporkan Dr Mahathir turut mengakui beliau sendiri pernah memegang 2 jawatan itu serentak.

Pada 1998, selepas pemecatan timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga merupakan menteri kewangan, Dr Mahathir mengambil alih jawatan itu dan membentangkan bajet tahunan di Parlimen sehingga bersara pada 2003.

Read more here



Comments
Loading...