Teori Bagaimana Azmin Boleh Jadi Perdana Menteri
(TV14) – Ketika gerakan mahu menukar Menteri Besar Selangor dulu, diatas nama “Kajang Move” siapa pun tidak sangka akhir nya Azmin Ali yang menjadi Menteri Besar Selangor.
Pada awal nya percaturan untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim, kemudian kepada Wan Azizah, namun atas sebab pelbagai halangan, akhirnya nama yang tidak ada pada awal ia itu Azmin Ali, telah pun ditabalkan sebagai Menteri Besar Selangor.
Ada pihak pula kata sebenarnya memang itu rancangan sulit dari awal, ia itu mahu Azmin Ali jadi Menteri Besar.
Kini, politik nasional menyaksikan pengumuman yang dibuat oleh Tun Mahathir atas kapasiti apa pun kita tidak tahu, bahawa jika Pakatan Harapan menang PRU14, TS Muhyiddin Yassin akan di jadikan Perdana Menteri.
Kenyataan Tun Mahathir di buat atas sebab mahu menghalang nama Anwar menjadi calon Perdana Menteri.
Mahathir amat mengenali kebijaksanaan Anwar berbanding TS Muhyiddin yang dikenali sebagai lembab dan tidak pandai buat kerja.
Peristiharaan Mahathir bagaimana pun mendapat halangan dari pelbagai pihak dalam Pakatan Harapan.
Mereka mahukan Anwar dan bukan nya Muhyiddin.
Ada antara mereka melihat cubaan Mahathir itu sebagai tiada “carry weight” kerana Mahathir bukan mewakili mereka.
Antara kepimpinan PaHa, mereka berbelah bagi dan berpuak puak.
Yang memihak kepada Mahathir hanya Lim Kit Siang dan Azmin Ali, sedangkan Wan Azizah dan Nurul Izzah mahukan suami dan ayah mereka menjadi calon Perdana Menteri.
Tidak berapa pasti pula pendirian pemimin PAN, tetapi orang kata tidak mustahak, kerana PAN hanya hamba abdi kepada DAP, apa DAP kata itu lah kata PAN.
Guan Eng pula ada menempelak Maria Chin dengan memperli akan kerjasama Maria Chin dengan Tun Mahathir , bermakna Guan Eng pun tidak berpihak kepada Mahathir.
Ada orang kata Tun Mahathir menamakan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri bukan kerana sayang kepada Muhyiddin, tetapi kerana sayang kepada Mukhriz.
Jika Muhyiddin menjadi Perdana Menteri, maka dia ada lah alat “remote” yang mudah untuk di suruh arah oleh Tun M dan pasti akan turun apabila di arah.
Namun, perkara yang sama tidak dapat dilakukan jika Anwar menjadi Perdana Menteri.
Tapi ada pula pihak yang kata, Mahathir tahu Muhyiddin tidak layak tetapi menamakan nya sebagai PM untuk “decoy” sahaja dan berkemungkinan pilihan opsyen nya ada lah Azmin Ali jika rundingan antara parti dalam PaHa temui kegagalan.
Mahathir tahu Azmin Ali juga akan berpihak kepada nya, dan boleh dijadikan Perdana Menteri kompromi.
Maka atas sebab itu nama Azmin tidak di sebut pada masa ini untuk distract kepada calon lain dahulu.
Ini semua sudah ada dalam perancanaan Mahathir.
Sama ada Perdana Menteri itu dari sebelah dia atau sebelah sana , dia tetap mahu pastikan PM itu mesti “Pro” kepadanya dan boleh di suruh arah.
Supaya ini semua tidak terjadi, pihak Wan Azizah pula dkatakan sedang cuba menghalang perkara ini terjadi dengan membawa masuk semula Ezam kotak kempabli kepada pangkuan nya.
Ini dikatakan untuk ”neutral” kan pengaruh Azmin yang dikatakan sedang cuba menyinggkir kan Wan Azizah sebagai Presiden.
Benar juga lah bagai dikata, di mana sahaja ada Mahathir, pasti ada kalam kabut dan perpecahan.
Dan kini dalam PKR dan DAP pun sudah hampir berpecah, seperti di Sabah mereka enggan ada Mahathir didalam kalangan mereka.
Di semenanjung pula, PaHa pada awal nya hanya mahu mengguna dan memperalatkan Mahathir sahaja. Tetapi Mahathir dengan kebijaksanaan nya telah “overstay” malah menjadi de facto leader pula.
Kini ia menjadi sebagai masalah kepada PaHa. (Barisan Rakyat)
Mahathir beragenda, Azmin juga beragenda , kedua agenda adalah peribadi.
Mahathir mahu selamatkan harta dan kuasa melalui cengkaman kuasa Perdana Menteri, Azmin pula utama kan survival dirinya dalam PKR dan kedua nya adalah agenda peribadi.
Kit Siang melihat survival anak nya dari masuk penjara lebih utama, siapa Perdana Menteri pun asal daat mohon keampunan segera jika anak nya masuk penjara atau pun kuasa untuk tekanan gugur kes,
Kita boleh lihat sama ada Azmin akan ada peluang menjadi Perdana Menteri atau tidak apa bila datang PRU14 sama ada dia bakal bertanding 2 kerusi, ia itu DUN dan Parlimen, jika ia terjadi maka sah lah teori itu.
Ini semua kata orang adalah Grand Design Barisan Rakyat apabila tiba PRU14.