MENGEJUTKAN SHAFIE APDAL & YUSOF SARANGIT PEGAWAI KEWANGAN BERSEKONGKOL RASUAH RM114.5 JUTA?


yusof sarangit

(Captain M) – Rasuah Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) iaitu Ag. Mohd. Tahir B. Mohd. Talib Pengarah dan Teo Chee Kong Timbalan Pengarah direkodkan sebagai tangkapan dan rampasan terbesar SPRM.

Ringkasan Fakta Kes yang mengejutkan.

RM 52 juta tunai dirampas dari kedua-dua tertuduh.

Pengarah 45 juta, Timbalan 7.2 juta.

23 juta dari simpanan di bank

37 juta dari akaun sebuah syarikat

9 buah kereta / bertambah lagi

Barang kemas, jam dan beg tangan jenama

Wang Disyaki ada lagi disimpan diluar negara

4 org ditangkap termasuk 1 pengarah syarikat dan 1 akauntan

Jumlah kini bertambah dilaporkan RM RM114.5 juta. Jumlah ini akan bertambah dari masa ke semasa.

Menurut SPRM pengarah dan timbalan pengarah Jabatan Air Negeri Sabah itu mengendalikan projek-projek pembinaan infrastruktur asas bernilai lebih RM3.3 billion sejak tahun 2010. Projek-projek dimonopoli adik-beradik, sanak saudara dan proksi mereka.

Susulan penahanan Pengarah dan Timbalan itu. SPRM turut menangkap seorang ahli perniagaan bergelar Datuk iaitu abang kepada Teo Chee Kong Timbalan Pengarah JANS dan akauntannya yang disyaki mempunyai kaitan dengan mereka. SPRM turut melakukan siasatan terhadap 38 syarikat iaitu 17 syarikat dimiliki adik beradik dan proksi Ag Tahir Pengarah dan 21 Syarikat oleh Timbalan Pengarah.

SPRM juga sudah mengenalpasti lebih 40 individu bagi membantu siasatan kes itu serta akan memanggil saksi berkenaan dalam tempoh terdekat.

“Ada antara mereka terbabit secara langsung dalam dalam proses pemberian tender dan kerja. Ramai daripada mereka adalah pegawai jabatan air dan kontraktor,” kata SPRM

Kes Rasuah Menakutkan?

Sejak kes ini didedahkan begitu ramai yang panas. Adakah hanya Pengarah dan Timbalan Pengarah JANS sahaja yang terlibat? Bagaimana pegawai Gred 52 punya begitu banyak kuasa? Peruntukan mana mereka gunakan? Apakah pemimpin politik terlibat? Begitu banyak soalan. Begitu banyak yang panas!. Bermacam-macam persepsi. Menteri lama, Pegawai itu dan ini. Mari kita perhalusi

Latar belakang Peruntukan dan Projek

Jabatan Air Negeri Sabah satu dari Jabatan pemungut hasil yang menyumbang kepada negeri Sabah. Kutipan tahunannya adalah RM220 juta (2016). JANS mendapat peruntukan dari Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan. Dua Kementerian yang biasa menyalurkan peruntukan kepada JANS ialah

i. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (Bekalan Air Luar Bandar-BALB) dan 

ii. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, (Loji Rawatan Air)

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...