PETER ANTHONY KRONI SHAFIE APDAL SEDIAKAN DANA HASIL RASUAH RM200 JUTA UNTUK KEMPEN SHAFIE & TUBUH PARTI BARU?


peter anthony

(Captain M) – [3 mantan pegawai kerajaan sedang berdrama di Kuala Lumpur menjadi pengkhianat, 1 mantan menteri di Sabah tengah pula kumpul duit untuk mencapai misi peribadi].

1. Sumber rapat Shafie Apdal dan kumpulan yang bakal meletakkan Shafie Apdal sebagai Ketua pembangkang menyatakan Datuk Peter Anthony Pengarah Urusan Asli Jati Engineering Sdn. Bhd bakal menyediakan dana besar RM 200 juta untuk kempen dan penubuhan parti baru Shafie Apdal. Dengan dana hasil rasuah projek yang diberikan Shafie ketika Menteri KKLW selain #Taikun besar Joseph Lo (Mentua Peter Anthony) tentunya dana besar dapat dikumpul untuk membiayai kempen Shafie Apdal.

2. Desas desus pertemuan Shafie dengan Pembangkang Sabah bukan lagi rahsia apabila siri perjumpaan Shafie Apdal di Semporna dan terbaru turut dibantu PKR Sabah.

3. Umum mengetahui Datuk Peter Anthony, Presiden KDM Malaysia merupakan proksi dan kroni tegar Shafie Apdal. Shafie pernah menganugerahkan beliau kontrak Projek Bekalan Air Bandar ( BALB) dan beberapa projek Bekalan Elektrik luar bandar. Peter menjadi perantara bagi kontraktor yang ingin mendapat projek dari KKLW. Antara yang terkenal menjadi isu ialah ( setahun 2 kali) syarikat Asli Jati Engineering Sdn. Bhd miliknya

i.) KKLW/BALB/133/2011 :

Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Sistem Retikulasi Negeri Sabah Tahun 2011/2012 Negeri Sabah Zon 9A, Papar, Putatan, Penampang, Sepanggar yang diperolehi pada 09 Ogos 2011 bernilai RM 23,888,888.00

ii.) KKLW/BALB/173/2011:

Projek Sistem Bekalan Air Tenom, Sabah (Fasa 2), Tenom yang diperolehi pada 26 September 2011 bernilai RM 28,888,888.00

4. Syarikat Asli Jati Engineering Sdn. Bhd. (446275-P) yang nama asalnya Saga Sempurna Enterprise Sdn. Bhd #dimiliki oleh

i.) Datuk Peter Anthony (710224-12-5037) beralamat di House No.20 Taman Cantik, 88300 Kota Kinabalu Sabah yang memegang 92.50 % saham

ii.) Joseph Anthony (730713-12-5087) yang beralamat di 143, Kampung Kelatuan, 89007 Papar, Sabah yang memegang 7.50% saham.

5. Peter Anthony didapati turut bersama dlm siri jelajah Datuk Shafie termasuk di Kota Belud baru-baru ini. Anthony akan menggunakan segala hubungan dan rangkaiannya mengumpul dana RM200 juta sebelum PRU 14 ini. Dari manakah lagi sumber lain kewangan Datuk Peter Anthony?

UMS ANTARA PENYUMBANG DANA DATUK PETER ANTHONY. SATU LAGI SUMBER DANA PETER!

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...