Pulak dah! Apa kebodohan ini?
(LSS) – Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menafikan pembabitannya dalam penerbitan buku ’50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi PM’ 18 tahun lalu.
“Sejak 1998 sehingga sekarang, Anwar tidak pernah ambil tindakan ke atas saya. Ambil buku itu tengoklah siapa penulis, penerbitnya?” soal Khairuddin.
“Saya bukan penulis (atau) penerbit buku ’50 Dalil’. Itu adalah persepsi”
Bercakap kepada wartawan selepas forum lebih dua jam itu selesai, Khairuddin sekali lagi membuat penafian dan menyifatkan dirinya kurang bernasib baik kerana dilihat sebagai ‘budak suruhan’ bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tetapi, Sinar Harian pada 27 Disember lalu memetik Khairuddin sebagai mengakui pernah menerbitkan buku itu tetapi bukan atas arahan Dr Mahathir.
“Apa kita cakap tentang Anwar dia tak mahu percaya. Sebab Tun Mahathir tak mahu percaya, atas dasar inilah saya terbitkan buku itu. Bukan disuruh Tun Mahathir,” katanya yang dilaporkan akhbar itu tahun lalu.
Sejak tahun 1998, banyak media yang melaporkannya bahawa Khairuddin ialah penerbit buku 50 Dalil itu tetapi tidak pernah Khairudin menafikannya selama 18 tahun.
Tetapi sekarang puak Tun Mahathir mahu bergabung dengan Puak Pakatan, dia pula nak menafikan?
Apa kebodohan ini?
Dei, just admit you are his budak suruhan lah. It’s been so obvious for so many years. What’s there to be ashamed of?
Yes, folks. This person and the Mat Tyson and Mahfuz types are the ones who want to kononnya, “Save Malaysia”.
—
Khairuddin nafi terbit buku ’50 Dalil’
‘Saya bukan budak suruhan Tun Mahathir’