Mursyidul am baharu teruskan kemesraan Umno-PAS?


Hashim-Jasim

Walaupun Hashim Jasin mempunyai nama baik dalam menjaga intergriti PAS, kenyataan beliau setahun lalu membayangkan arah tuju PAS dengan Umno.

(FMT) – Kira-kira setahun yang lalu, dalam satu program tamrin (latihan) PAS kawasan Padang Terap, Kedah, Hashim Jasim berkata PAS akan mengadakan apa yang dinamakan “taawun”, atau kerjasama, dengan Umno.

Dua hari lalu, mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS melantik Hashim, 77, sebagai Mursyidul Am PAS, yang juga mengetuai Majlis Syura, menggantikan Datuk Dr Haron Din yang meninggal dunia 16 September lalu di Amerika Syarikat.

Kepimpinan PAS dari segenap peringkat menyambut baik pemilihan Hashim sebagai mursyidul am yang ke-4, dan komen positif ini diperlihatkan dalam media PAS.

“Kita pilih dan lantik Tuan Guru Haji Hashim Jasin kerana dia yang paling tua dalam Majlis Syura. Selain itu, beliau mempunyai ilmu yang mantap, di samping pandangan politiknya yang jauh dan mantap,” kata Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh seperti dilapor Harakahdaily.

Namun pemerhati politik terkejut dengan pemilihan Hashim kerana nama beliau tidak pernah ada dalam “radar” mereka untuk dilantik ke jawatan itu.

“Perlantikan beliau atas alasan kerana beliau paling tua di kalangan ahli Majlis Syura adalah sesuatu yang sukar difahami dan tidak akan memberikan sinergi baru kepada PAS,” kata Hisommuddin Bakar dari Ilham Centre, badan pemikir yang kerap membuat kajian mengenai PAS dan politik Melayu.

Mursyidul Am, nama khas untuk pengerusi Majlis Syura Ulamak PAS, adalah jawatan yang tertinggi dalam parti Islam itu.

Keputusan melantik Hashim, yang juga bekas pesuruhjaya PAS Perlis, dibuat dalam mesyuarat dihadiri 11 daripada 17 ahli Majlis Syura.

Antara yang tidak hadir termasuk Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kerana masih berada di Mekah menunaikan ibadat haji.

Nama Hashim dicadangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Timbalan Mursyidul Am yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob.

– Begin Exclude in Mobile Apps /26812591/FMT_ROS_InContent_300x250

– End Exclude in Mobile Apps Zone Tag : FMT News In-article

Hisomuddin bagaimanapun masih berpendapat Hadi paling layak untuk jawatan itu, manakala kekosongan jawatan presiden pula diisi Tuan Ibrahim.

Bagi beliau, gandingan kedua-duanya sangat sesuai dengan apa yang berlaku dalam PAS sekarang.

Sebelum ini, ekoran keadaan kesihatannya, Hadi menyerahkan tugas mempengerusikan Jawatankuasa PAS Pusat kepada Tuan Ibrahim.

Jika Hadi tidak bersetuju dengan keputusan mesyuarat itu, beliau akan membuat keputusan menolaknya seperti mana dibuatnya beberapa kali sebelum ini.

Pemerhati berpendapat, kuasa “veto” Hadi lebih sesuai digunakan sekiranya beliau menjawat mursyidul am.

Hadi dikatakan pernah membatalkan keputusan PAS menyertai Bersih 4 tahun lalu dalam mesyuarat dipengerusikan Tuan Ibrahim.

“Sangat cantik kalau Hadi memainkan peranan mursyidul am manakala Tuan Ibrahim presiden,” kata Hisomuddin.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...