Apakah perjuangan asal Bersih sudah tersasar?


bersih_2.0_Maria_Chin_Abdullah_0511_620_414_100

(Sinar Online) – TUJUAN penubuhan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) adalah untuk melancarkan reformasi terhadap pilihan raya di negara kita.

Pemimpinnya kerap menjelaskan pendirian bahawa kempen mereka tidak dibayangi, malahan melangkaui pengaruh parti-parti pembangkang.

Namun, daripada perhimpunan pertama pada 10 November 2007 sehingga Bersih 4.0, jelas menunjukkan ia disertai dan disokong oleh pemimpin-pemimpin parti pembangkang yang mengajak rakyat agar keluar beramai-ramai berhimpun di jalanan.

Apakah benar Bersih sudah tersasar daripada matlamat asal perjuangan mereka?

Menurut Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah, pihaknya tidak pernah memihak mana-mana parti politik, sama ada parti pemerintah ataupun pembangkang dan masih meneruskan tuntutan agar pilihan raya yang bersih serta adil perlu diadakan di negara ini.

“Bersih sentiasa mengalu-alukan mana-mana pemimpin politik yang menyokong perjuangan kita.

“Kita akan memberikan peluang kepada mereka naik ke atas pentas anjuran Bersih.

“Bersih tidak terhad kepada parti pembangkang sahaja,” jelas Maria Chin ketika ditemu bual oleh Oriental Daily.

Maria Chin berkata, Malaysia telah mencapai kemerdekaan sejak 60 tahun lalu, yang menjadi masalah bukan disebabkan pemerintahan BN, tetapi adalah sistem pilihan raya yang tidak adil.

“Sekalipun dalam PRU14 akan datang, jika BN dapat meneruskan pemerintahan, Bersih akan menerima keputusan dengan hati yang terbuka.

“Namun dengan syarat, pilihan raya umum mesti dijalankan dengan adil, telus, terbuka serta bersesuaian dengan sistem pilihan raya secara berdemokrasi,” katanya.

 



Comments
Loading...