Isu SPLASH: Rafizi mengaku Anwar lobi Khalid untuk bayar lebih


RAFIZI_RAMLI_FORUM_130316_TMISETH_03

(LSS) – Tulisan YB PKR Rafizi Ramli tentang penilaian aset air SPLASH pada August 7, 2014 semasa Langkah Kajang untuk menjatuhkan TS Khalid Ibrahim dilaksanakan.

*************************************************

Splash memohon untuk bertemu dengan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim beberapa kali untuk membincangkan pertukaran nilaian mendadak ini di antara bulan Oktober 2013 hingga Disember 2013 tetapi tidak dilayan oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim. Beliau menyatakan secara terbuka bahawa beliau tidak berniat untuk memberi ruang kepada Splash untuk membincangkan pertukaran nilaian yang diputuskan itu.

Perkara ini kemudiannya dibawa ke pengetahuan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan KEADILAN.

Keengganan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim untuk berjumpa dan menjelaskan kenapa beliau mengambil tindakan mengejut menukar dan memotong nilaian kepada Splash sehingga RM2 bilion dilihat sebagai tidak adil memandangkan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim terus berurusan dan berjumpa dengan tokoh niagawan yang rapat dengan Barisan Nasional seperti Tan Sri Rozalli Ismail, Tan Sri Rashid Manaf dan Tan Sri Danny Tan.

Oleh yang demikian, di dalam beberapa mesyuarat (sama ada pertemuan khusus Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim atau di dalam mesyuarat Biro Politik) pimpinan KEADILAN menyatakan pendirian seperti berikut berhubung keengganan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim bertemu dengan Splash untuk menerangkan rasional pemotongan nilaian:

(Nota LSS: Maksudnya benar-lah, PKR sudah banyak kali tolong SPLASH. Mengapa perlu lobi bagi pihak syarikat swasta kepada kerajaan sendiri).

Adalah tidak adil di pihak YAB Tan Sri Khalid Ibrahim menidakkan peluang mana-mana pemegang konsesi untuk duduk berbincang mengenai penstrukturan air di Selangor. Jika YAB Tan Sri Khalid Ibrahim selesa berbincang dan mencapai persetujuan dengan Syabas dan Puncak Niaga, beliau juga perlulah mengambil sikap yang sama kepada mana-mana pihak lain termasuklah Splash

Kerajaan Selangor perlu berhati-hati berurusan dengan Splash supaya ia (dan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim) tidak dilihat berat sebelah dan prejudis terhadap Splash sebagai salah satu pemegang konsesi. Nilaian dan pampasan yang diputuskan perlulah boleh dipertahankan secara komersial dan adil berdasarkan aset, hutang dan prestasi syarikat supaya ia setara dengan prinsip yang digunapakai dalam menilai pampasan kepada pemegang konsesi lain seperti Syabas dan Puncak Niaga.

Pimpinan KEADILAN juga berulang kali mengingatkan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa jika nilaian dan pampasan terhadap Splash dilihat tidak adil berbanding pemegang konsesi lain seperti Syabas dan Puncak Niaga, Splash boleh mengambil tindakan menyaman Kerajaan Selangor di mahkamah.

Jika nilaian itu apabila dibicarakan di mahkamah diputuskan tidak adil dan tidak seragam apabila dibandingkan dengan Syabas dan Puncak Niaga, mahkamah boleh mengarahkan Kerajaan Selangor membayar pampasan tambahan kepada Splash.

(Nota LSS: Sebab ini ke mengapa sekarang kerajaan Azmin mahu bayar 10 kali ganda kepada SPLASH? Sebenarnya, kalau ikut undang-undang pengambilan mandatoy WATER SERVICES INDUSTRY ACT (WSIA), keputusan ialah muktamad dan sukar untuk dicabar di Mahkamah)

Jika ini berlaku, rakyat Selangor juga yang akan menanggung kos yang lebih tinggi untuk mengambilalih industri air.

Oleh sebab itu, pimpinan KEADILAN menasihati adalah lebih baik sekiranya YAB Tan Sri Khalid Ibrahim memberi layanan sama rata kepada semua pemegang konsesi termasuklah Splash.

Kedua-dua arahan parti itu tidak dilayan oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim sehingga kini.

(Note LSS: Jikalau TS Khalid tidak dijatuhkan pada masa itu maka situasi hari ini dimana harga dibayar untuk SPLASH dengan harga 10 kali ganda lebih mahal tidak akan menjadi).

***************************************

http://rafiziramli.com/2014/08/laporan-kes-kes-bersabit-integriti-melibatkan-tan-sri-khalid-ibrahim/



Comments
Loading...