Rafizi mungkin boleh memperbodohkan orang, tapi bukan setiap masa


Rocky_Bru

MUKADIMAH: 2016 mungkin tahun malang bagi Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli. Tahun ini sahaja beliau didapati bersalah diatas empat kesalahan termasuk mencetuskan ketegangan antara agama, fitnah isu National Feedlot Corporation (NFC) dan terbaru bersalah mendedahkan dokumen rahsia. Beliau mungkin menganggap dirinya sebagai wira, namun harus diingat, bahawa Rafizi tidak ubah seperti pembohong bersiri – membuat andaian demi kepentingan politik peribadi.

Malaysian Digest

Pemenjaraan Naib Presiden PKR selama 18 bulan akibat melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 merupakan tamparan hebat kepada Rafizi Ramli ekoran sentiasa membuat kenyataan palsu dan berbohong bagi mencipta persepsi buruk terhadap kerajaan.

Rafizi didapati bersalah diatas dua pertuduhan dibawah OSA iaitu memiliki dan mendedahkan laporan sulit Peguam Negara berkaitan 1MDB.

Bercakap kepada Malaysian Digest, wartawan veteran Datuk Ahirudin Attan berkata, malang bagi Rafizi kerana hukuman penjara terhadapnya merupakan ‘strike 4’ bagi tahun ini setelah sekian lama menjadi pembohong bersiri.

“Kadangkala dia boleh memperbodohkan orang, tetapi dia tidak boleh memperbodohkan orang setiap masa. Dia sudah berkali-kali terbukti bersalah memfitnah. Mereka (penyokong Rafizi) kini boleh melihat siapa dia sebenarnya.

“Kita perlukan pendedah maklumat. Kita perlukan orang yang berani menegakkan keadilan. Tetapi kita tidak perlukan orang yang fikirkan mereka lakukan kedua-duanya tetapi sebenarnya hanya membuat tuduhan liar semata-mata untuk kepentingan peribadi sahaja,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Jelasnya, ada sesetengah pihak menganggap Rafizi sebagai hero kononnya mendedahkan maklumat kepada rakyat namun keputusan mahkamah mensabitkan kesalahan diatas kesalahan fitnah, hasutan dan melanggar undang-undang nyata membuktikan Rafizi adalah sebaliknya.

“Apa yang dikatakannya hanyalah dakwaan semata-mata. Sekadar tuduhan tanpa bukti,” ujarnya yang lebih dikenali sebagai Rocky Bru.

Ahirudin yang mengendali blog rockybru.com dalam pada itu menyifatkan Rafizi sebagai budak tidak matang yang terlalu ghairah apabila mendapat peluang menunggang motosikal berkuasa besar.

“Jika kita beri budak tak matang bawa motosikal besar, mereka akan melanggar undang-undang. Mereka juga akan terlibat dalam kemalangan dan mencederakan diri mereka sendiri serta orang lain.

“Itulah tanggapan saya terhadap Rafizi. Dia ni budak yang naik (dalam politik) terlalu cepat dan akhirnya tersungkur,” katanya.

Mangsa-Mangsa Rafizi

Rafizi sebelum ini pernah mendakwa Datuk Seri Azmin Ali membenarkan amalan rasuah serta pembayaran berbentuk habuan seks berlaku di pejabat Menteri Besar.

Beliau kononnya mempunyai bukti serta saksi diatas dakwaan tersebut kemudian membuat laporan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), namun setelah diteliti SPRM tidak menemui sebarang bukti tuduhan berkenaan

Pegawai Khas ADUN Pelabuhan Klang, Faekah Husin

Pegawai Khas ADUN Pelabuhan Klang, Faekah HusinPolitik pembohongan Rafizi tidak kenal mangsa dan status seseorang itu, malah serangannya terhadap ahli PKR juga berlaku kepada Tan Sri Khalid Ibrahim pada awal 2014 dalam misinya untuk menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Menceritakan detik-detik dimana Khalid difitnah oleh Rafizi bersama bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution menerusi agenda ‘Langkah Kajang’, Pembantu Khas Khalid, Faekah Hussin menyifatkan insiden tersebut sebagai drama terbesar PKR.

“Insiden itu adalah drama paling besar apabila pejabat kerajaan negeri (pada waktu itu) menerima ‘dossier’ setebal 91 muka surat. Jika anda rajin baca 91 muka surat itu, satu pertiga daripada tuduhan itu adalah pertanyaan ‘mengapa Khalid tak nak bayar lebih kepada Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH)?’

“Sepatutnya jika PKR nak tuduh Khalid mengamalkan rasuah, mereka patut tanya kenapa Khalid bayar lebih. Itu baru betul ada potensi berlaku rasuah. Tapi dalam dossier itu, mereka tanya kenapa Khalid tak mahu bayar lebih,” katanya kepada Malaysian Digest.

Jelasnya, kes yang sudah terbukti sebagai fitnah Rafizi dan Saifuddin di mahkamah akhirnya membersihkan nama Khalid.

Bercakap mengenai Langkah Kajang, Faekah berkata pelan tersebut juga merangkumi usaha untuk menggunakan wang rakyat negeri Selangor selepas Anwar diangkat sebagai Menteri Besar agar misi utama untuk ke Putrajaya tercapai.

“Dengan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar, mereka (PKR) tak dapat berbuat demikian. Khalid tak benarkan duit rakyat Selangor digunakan untuk kegiatan politik,” tegasnya.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...