Berkaitan Usul Persendirian RUU 355 (Bidangkuasa Mahkamah Syariah)


Liow-Tiong-Lai

YB.Dato’ Seri Liow Tiong Lai
Presiden MCA
Merangkap Ahli Parlimen Bentong

YB.Dato’ Seri,

Terlebih dahulu izinkan saya selaku Pengerusi Yayasan Ummah Prihatin Pahang mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT di atas nikmat yang dianugerahkan-Nya kepada rakyat Malaysia yang hidup aman damai dengan pelbagai kaum dan agama.

Kedamaian dan kemakmuran yang kita nikmati bersama sejak merdeka adalah atas persefahaman dan kesedaran kaum-kaum imigran cina dan India yang di bawa masuk oleh British, yang  diterima sbg warganegara Tanah Melayu telah berjanji untuk menghormati kedudukan Islam sebagai agama negara di Persekutuan Tanah Melayu. Di atas prinsip inilah maka saya yakin bahawa pengundi-pengundi kaum Melayu-Islam telah memberi undi dan sokong kepada YB Dato’ Seri sebagai Ahli Parlimen Bentong sejak YB Dato’ Seri mula bertanding dalam Pilihanraya2 sebelum ini dan hinggalah ke PRU 13.

Sungguhpun demikian sejak akhir-akhir ini kami dapati MCA yang dipimpin oleh YB Dato’ Seri telah mula untuk menzahirkan penentangan secara terbuka kepada Institusi Islam di negara ini, khasnya perkara yang berkaitan dengan kepentingan umat Islam. Dalam isu RUU 355, YB Dato Seri atas jawatan Presiden MCA telah berkali-kali mengeluarkan kenyataan terbuka secara angkuh menolak sebarang usaha untuk mempertingkatkan bidangkuasa Mahkamah Syariah dengan cadangan usul untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (RUU 355). Yang terbaru YB Dato Seri telah memberi kata dua yang tidak tahu ditujukan kepada siapa..? Samada kepada umat Islam atau kepada YAB Perdana Menteri  di mana jika RUU 355 diluluskan di parlimen maka YB Dato Seri akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Kabinet.

Justeru, kami daripada Yayasan Ummah Prihatin Pahang ingin menzahirkan rasa kekecewaan dan rasa kekesalan kami atas kenyataan-kenyatan penentangan YB Dato Seri ke atas RUU 355 dan ingin mendesak agar YB Dato Seri atas perkara-perkara berikut:

1⃣  Kami mendesak agar YB Dato Seri menarik semula kenyataan menentang usul pindaan kpd RUU 355, yang mana YB Dato Seri mencabar Ahli-Ahli Parlimen Muslim di Parlimen yang menyokong RUU 355 dengan ugutan di mana YB Dato Seri akan meletakkan jawatan sebagai menteri kabinet jika RUU 355 diluluskan di parlimen.

2⃣  Sekiranya YB Dato’ Seri tidak menarik semula dan enggan memohon maaf kepada umat Islam atas kenyataan penentangan terhadap RUU 355, maka kami mendesak agar YB Dato’ Seri meletakkan jawatan sbg Menteri Kabinet tanpa menunggu pembentangan usul utk bacaan pertama pada sesi sidang parlimen bermula Mac 2017. Eloknya YB Dato Seri mengakhiri perkhidmatan sbg menteri kabinet selewat2nya pada 31 Disember 2016.

3⃣  Jika YB Dato Seri gagal untuk melaksanakan tuntutan kami dari kedua2 gesaan di atas hingga 31 Disember 2016 ini maka kami daripada Yayasan Ummah Prihatin Pahang akan mengisytiharkan di Negeri Pahang, khasnya di kawasan Parlimen Bentong mulai 1 Januari 2017 bahawa YB Dato Seri adalah musuh umat Islam dan kami akan berkempen dan mempastikan dlm PRU14 nanti pengundi2 Islam di Bentong tidak memberi undi kepada YB Dato Seri dan semua calon2 BN-MCA di Negeri Pahang.

Diharapkan agar YB Dato Seri boleh menghormati kedudukan agama Islam dan juga sensitiviti umat Islam di Malaysia, khasnya di Parlimen Bentong. Sekiranya YB Dato Seri dapat memberi sokongan terhadap RUU 355 ini maka kami daripada YUPP akan memberi sokongan penuh kepada YB Dato Seri dan akan mempertahankan YB Dato’ Seri sebagai Menteri dan Ahli Parlimen Bentong sehabis baik dan sehabis tenaga dalam PRU 14 nanti.

Salam perjuangan saya,

SHAMSUDDIN MONER AL-ASKARI
Pengerusi
Yayasan Ummah Prihatin Pahang

 



Comments
Loading...