Pengemis Jalanan
SeaDemon Says
Begitulah kata-kata seorang bekas pejuang bangsa Melayu yang pernah menggelarkan DAP sebagai ‘bapa segala rasis.’
“Malah dalam pertemuan saya dengan pimpinan DAP, mereka bersetuju bahawa Perdana Menteri Malaysia mestilah orang Melayu dan bukan dari parti DAP,” kata Muhyiddin dalam satu kenyataan membidas ucapan Najib Razak semasa Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.
Kenyataan Muhyiddin ini menunjukkan betapa terdesaknya beliau untuk terus relevan dalam arena politik, mengemis jawatan daripada DAP dan sanggup menggadai maruah demi kepentingan diri.
Muhyiddin mungkin lupa akan dua perkara. Pertama, semasa Pilihanraya Umum Ke-13, DAP telah memenangi 38 dari 89 kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat. PKR mendapat 30 kerusi manakala PAS 21. Tidak mustahil DAP akan meletakkan lebih ramai calon Melayu pada pilihanraya umum yang akan datang.
Orang Melayu perlu faham prinsip dan landasan perjuangan DAP. Untuk itu kita perlu lihat kepada perlembagaan parti DAP itu sendiri: