Tunku Abdul Aziz gesa Mukhriz, Kit Siang buat pengakuan bersumpah


Tunku Abdul Aziz

Tunku Abdul Aziz, Malaysia Outlook

Berikut adalah kenyataan media Tunku Abdul Aziz, bekas naib pengerusi DAP di sidang media yang telah diadakan pada jam 11.15 pagi, 3 Jan 2017, bertempat di Hotel Corus, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Mukhriz ugut fail saman terhadap Tunku Abdul Aziz

Tunku Abdul Aziz bertegas Mukhriz Mahathir dan Lim Kit Siang perlu membuat pengakuan bersumpah bahawa mereka tiada keinginan untuk menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Tunku Abdul Aziz (tengah) berkata Mukhriz Mahathir (kiri) dan Lim Kit Siang (kanan) perlu membuktikan bahawa mereka tiada niat memegang jawatan PM dan TPM dengan menandatangani pengakuan bersumpah.

Tunku Abdul Aziz (tengah) berkata Mukhriz Mahathir (kiri) dan Lim Kit Siang (kanan) perlu membuktikan bahawa mereka tiada niat memegang jawatan PM dan TPM dengan menandatangani pengakuan bersumpah.

1. Mukhriz Mahathir telahpun memberi respon terhadap kenyataan media saya bertarikh 30 Disember 2016, di mana saya menyatakan, berdasarkan maklumat yang saya terima, Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang telah pun mencapai pakatan rahsia di mana jika Pakatan memenangi pilihanraya yang akan datang, Mukhriz akan dilantik sebagai Perdana Menteri dan Lim Kit Siang sebagai timbalannya. Mukhriz kini mengugut untuk menyaman saya jika saya tidak mendedahkan sumber maklumat ini.

2. Seperti yang dijangka di dalam situasi ini, Mukhriz telahpun menafikan maklumat ini sebagai tidak berasas. Jika ini benar, saya tertarik mengapa beliau bertegas untuk mengetahui sumber maklumat ini. Sekiranya beliau yakin maklumat ini tidak mempunyai asas, mengapa beliau ingin libatkan pihak ketiga yang mana identitinya harus saya lindungi. Hanya saya yang bertanggungjawab untuk segala tindakan yang saya ambil.

3. Saya terkejut beliau memilih untuk menutup mulut saya dengan mengambil tindakan undang-undang. Apa yang saya lakukan hanyalah berkongsi maklumat yang saya perolehi dari sumber yang kukuh dan boleh dipercayai. Saya percaya pada masa maklumat itu diterima, dan juga kini, bahawa perkara ini mempunyai kepentingan awam berdasarkan apa yang mungkin berlaku dari ‘pakatan rahsia’ ini dan kesannya terhadap jiwa politik Melayu dan juga arena politik Malaysia.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...