Lim Kit Siang tidak perlu berdolak-dalih
Senator Khairul Azwan Harun
Saya tertarik dengan usaha Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Lim Kit Siang yang cuba mengalih perhatian umum berhubung perancangan mutlak mereka untuk menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sekiranya pembangkang menang PRU14.
Datuk Seri Mukhriz mendesak Tunku Aziz mendedahkan identiti pemberi maklumat manakala Lim Kit Siang menyatakan bahawa pertemuan sulit pada 3hb Disember 2016 tidak berlaku. Apapun jua cerita yang mereka bawa untuk menutupi perancangan mutlak tersebut, saya berpendapat mereka berdua tidak perlu berdolak-dalih serta berperangai kebudak-budakan. Sebagai ahli politik, mereka sudah pasti punyai cita-cita besar.
Penjelasan yang dibuat oleh Tunku Aziz mungkin punyai asas. Sekarang Datuk Seri Mukhriz dan Lim Kit Siang hanya perlu buat kenyataan bersumpah bahawa mereka bukan calon sulit bagi jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.