Kenapa bergembira dengan kematian Adenan Satem?
DARI SUDUT LAIN
Disaat rakyat Malaysia khususnya penduduk Sarawak meratapi pemergian Ketua Menterinya Tan Sri Adenan Satem, malangnya terdapat penyokong-penyokong Pakatan Harapan (PH) pula bergembira meraikan kematiannya. Perkara ini didedahkan oleh portal berita Malaysia Today, beberapa jam selepas berita kematian Adenan. Malah perkara ini sama seperti sikap biadap yang dilakukan oleh golongan yang sama semasa kematian Mursyidul Am PAS, Dato Dr Haron Din sebelum ini. Penyokong-penyokong PH ini seperti sudah hilang langsung semangat keharmonian kaum dan hilang kepekaan terhadap sensistiviti agama.
Bukanlah menjadi perkara yang aneh kerana PH hari ini didominasi oleh DAP. Almarhum Adenan Satem pula adalah seorang Ketua Menteri yang sangat berjasa memelihara keharmoniam kaum di Sarawak termasuk mengekang gerakan ekstrimis Kristian di negeri itu. Umum mengetahui bagaimana akrabnya golongan ekstrimis Kristian ini dengan tokoh-tokoh pembangkang terutama DAP sehingga apa sahaja isu kecil yang berbangkit akan dijadikan pencetus sentimen kebencian agama. Yang terbaru isu McDonald melarang membawa masuk kek yang tiada pengesahan halal ke premis mereka. Mereka yang memanipulasikan isu McDonald ini adalah pimpinan-pimpinan DAP sendiri.
DAP sehingga hari ini masih meneruskan misi lama ‘bapa’ mereka, PAP, malah lebih merbahaya lagi mereka sudah diresapi oleh aliran ekstremis Kristian. Gagasan Malaysian Malaysia yang dibawa oleh DAP adalah bagi mewujudkan Malaysia yang samarata termasuk dari segi hak sama rata agama-agama, walaupun ia bertentangan dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. Oleh sebab itu, jangan hairan jika penyokong PH khususnya tentera-tentera siber upahan DAP bergembira dengan kematian Ketua Menterinya itu. Jasa terbesar Adenan Satem ialah mengharmonikan kaum-kaum di Sarawak sehingga menggagalkan usaha DAP melebarkan gagasan Malaysian Malaysia dan jarum aliran ekstrimis Kristian.
Hari ini, DAP dilihat menjadi rangkaian yang terpenting kepada pelebaran jaringan golongan ekstrimis Kristian di Malaysia termasuk di Sarawak. Gerakan ekstrimis Kristian itu dinamakan oleh Iain Buchanan sebagai aliran Dominionism dan Christian Zionism. Di dalam bukunya yang bertajuk “Sang Nila Utama and the Lion of Judah: Dominionism and Christian Zionism in Malaysia”, Buchanan telah memperlihatkan DAP di posisi penting kepada penyebaran aliran ekstrimis Kristian ini. Aliran ini dilihat cuba menjadi Sarawak sebagai tapak untuk pelebaran kuasa mereka disebabkan komposisi penganut Kristian yang ramai di sana.
Bagaimanapun, kesederhanaan Adenan Satem telah berjaya mengharmonikan semua kaum di negeri tersebut tanpa mengira anutan agama. Sejurus selepas kematian Ketua Menteri Sarawak itu, dengan pantas tentera-tentera upahan siber mereka menyebarkan berita jawatan Ketua Menteri dipangku oleh Timbalannya Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Jelas sekali mereka sedang melakukan serangan saraf untuk mencetuskan konflik agama demi untuk menjayakan matlamat pelebaran kuasa tersebut. Walaubagaimanapun ia dinafikan oleh Jabatan Ketua Menteri Sarawak. Kali terakhir Sarawak menerima KM Kristian adalah tahun 1970 iaitu Tawi Sli yang bermazhab Anglican.