Adun BN di Selangor meninggal dunia
(FMT) – Kamarol Zaki Abdul Malek ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumahnya di Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, kira-kira jam 9 pagi tadi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Air Tawar Kamarol Zaki Abdul Malek meninggal dunia pagi ini selepas ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumahnya di Sungai Air Tawar di Sabak Bernam.
Ahli Parlimen Sungai Besar Budiman Mohd Zuhdi yang mengesahkan perkara itu berkata Kamarol dikatakan ditemui oleh pegawai khasnya dalam keadaan tidak sedar, kira-kira jam 9 pagi.
“Tetapi punca kematian masih belum diketahui,” katanya kepada FMT ketika dihubungi, hari ini.
Kamarol, 59, bekas guru besar Sekolah Kebangsaan Seri Mawar, Sungai Air Tawar meninggalkan seorang balu, Rossimah Abbas yang juga seorang guru dan 4 anak.