Apabila DAP berbalah dengan Sultan berkenaan Mohd Arif


Sudut

DAP inginkan Mohd Arif dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu pada 1 Januari 2011 tetapi DYMM Sultan Selangor enggan memperkenankannya. Dan DYMM menolak Mohd Arif di atas sebab-sebab yang melibatkan kejujuran dan integriti. DAP kemudian telah mendakwa Sultan mencampuri dan mengingatkan DYMM bahawa ahli politik yang mengurus tadbir negeri, bukan Sultan. Namun, Sultan masih enggan mengundur diri dan akur dengan kehendak DAP.

DARI SUDUT LAIN

Mohd Arif Ab Rahman

Mohd Arif Ab Rahman, calon DAP untuk Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang telah ditolak oleh Sultan.

“Ketua Setiausaha Mohd Arif, kedua-dua anaknya direman atas siasatan rasuah,” lapor The Star pada 5 Januari 2017 (BACA DI SINI).

Mohd Arif Ab Rahman adalah Ketua Setiausaha kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Apa yang menarik ialah beliau pernah menyandang jawatan Pegawai Kewangan Negeri Selangor, di mana pada tahun 2010, DAP ingin menaikkan beliau ke jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Namun, DYMM Sultan Selangor, enggan dan malah melantik Mohd Khusrin Munawi selaku Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu bermula 1 Januari 2011. Ini telah menyebabkan kemarahan DAP dan selama sebulan Selangor telah beraada di dalam kemelut Krisis Perlembagaan. DAP inginkan Mohd Arif tetapi Sultan enggan melantiknya sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri.

Mohd Khusrin Munawi

DYMM Sultan telah memilih Mohd Khusrin daripada Mohd Arif dari DAP

Pada 29 Disember 2010, Malaysiakini telah melaporkan ‘Kelayakan Khusrin menjadi SUK Selangor dipertikai’, dan laporan tersebut mengatakan:

Kelayakan Datuk Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK) negeri Selangor yang baru, mula dipertikaikan, antaranya ekoran ‘kontroversi’ yang melingkarinya. Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sikap Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu “yang seolah-olah ingin sabotaj” kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor selama ini hendaklah diambil kira.

Nik Nazmi

Nik Nazmi menyertai kempen anti-Khusrin

Faktanya sebagai Pegawai Kewangan Negeri Selangor, Mohd Arif sudah pun mempunyai tangan yang kotor, dan ramai sudah tahu tentangnya dan ini agak membingungkan DYMM Sultan. DAP juga tahu Mohd Arif tidak bersih and mereka masih mahu dia dinaikkan ke jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri. Ini hanya membawa maksud bahawa DAP juga mengaut keuntungan dari apa yang Mohd Arif sedang lakukan.

Selewat 2009 sudah terdapat cerita-cerita yang tersebar tentang perjanjian di antara Mohd Arif dan Pakatan Rakyat. Namun apa jua perjanjian mereka, Mohd Arif mendapat separuh dan separuh lagi diberi kepada parti. Pada mulanya, suspeknya merupakan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim tetapi kemudian Khalid telah bersetuju dengan Sultan untuk tidak memberi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri kepada Mohd Arif.

Kemudian, bukti mula menunjukkan bahawa bukan Khalid yang berurusan dengan Mohd Arif tetapi DAP. Dan ajen untuk Mohd Arif di dalam DAP ialah Teresa Kok dan Tony Pua. Malah, terdapat banyak kejadian apabila Teresa Kok dan Tony Pua mendesak Khalid untuk meluluskan beberapa tawaran tetapi Menteri Besar berkeras dan tidak mahu mengalah.

Pernah sekali mereka membawa Nurul Izzah Anwar bersama dan mengharapkan beliau dapat ‘melembutkan’ Khalid tetapi tidak berjaya. Khalid masih enggan meluluskan beberapa tawaran tersebut, kebanyakannya melibatkan tanah. Malah Khalid bertanya kenapa mereka melobinya bagi pihak pemaju sedangkan perjanjian tersebut tidak menguntungkan pihak negeri.

MP DAP PJ Utara Tony Pua

Tony Pua, bersama Teresa Kok, melobi MB Selangor Khalid Ibrahim, bagi pihak pemaju

Satu tawaran yang melibatkan tanah negeri Selangor bernilai berbilion. Apa yang Teresa Kok, Tony Pua dan Nurul Izzah inginkan ialah Khalid untuk meluluskannya kepada syarikat tertentu untuk jangka masa bayaran balik selama 25 tahun. Sebuah lagi syarikat bersedia untuk membayar jauh lebih tinggi, dan dalam bentuk tunai berbanding bayaran balik 25 tahun.

Apabila Khalid bertemu syarikat tersebut dan memaklumkan mereka bahawa bidaan mereka tidak kompetitif, mereka mengatakan bahawa tawaran tersebut telah disarankan oleh Teresa dan Tony dan mereka katakan Menteri Besar akan bersetuju dengannya. Malah, syarikat tersebut mengatakan lagi, mereka bersedia untuk membayar dengan harga lebih tinggi dan berpadanan dengan bidaan pesaing lain, tetapi mereka disuruh untuk menawarkan dengan harga rendah dan membayar DAP jumlah perbezaannya. Mereka juga telah dimaklumkan bahawa terdapat individu di dalam Kerajaan Negeri, khususnya Pegawai Kewangan Negeri, memihak kepada mereka dan akan menyokong tawaran tersebut apabila sudah ke mesyuarat EXCO untuk kelulusan.

Akhirnya Mohd Arif telah ditahan. Dan inilah orangnya yang telah mengisi koceknya ketika dia menjadi Pegawai Kewangan Negeri. Dan inilah juga orangnya yang DAP ingin calonkan ke jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri. Dan apabila DYMM Sultan enggan memperkenankan pencalonan tersebut, DAP telah melancarkan Krisis Perlembagaan dan memberitahu DYMM bahawa ahli politik yang mengurus tadbir negeri, bukan Sultan.

Teresa-Afif

 



Comments
Loading...