Hasan Ali telah dipecat kerana mendedahkan rasuah di Selangor
Hasan Ali menyertai Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor pada Mac 2008. Pada Januari 2012 beliau telah dipecat dari parti dan kerajaan negeri kerana mengkritik partinya sendiri dan mendedahkan rasuah serta salah guna kuasa di dalam kerajaan negeri. Salah satunya yang telah didedahkan ialah Pegawai Kewangan Negeri Selangor, Mohd Ariff, yang pernah dicadang oleh DAP untuk menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor tetapi telah ditolak oleh DYMM Sultan.
DARI SUDUT LAIN
Hasan Ali telah dipecat kerana mendedahkan rasuah serta salah guna kuasa di dalam Kerajaan Negeri Selangor
Dr Hasan Mohamed Ali dari PAS telah memenangi kerusi Gombak Setia di Selangor pada pilihanraya umum Mac 2008 dan telah dilantik sebagai ahli EXCO Negeri Selangor. Namun, Hasan, walaupun seorang ahli lama partinya dan di dalam Kerajaan Negeri Selangor sendiri, merupakan seorang yang lantang dan suka mengkritik kerajaan serta mendedahkan aktiviti rasuah serta salah guna kuasa di dalam negeri.
Kritikan Hasan telah dituduh bekerjasama untuk Umno dan menjadi pengintip Umno yang tugasnya untuk menjatuhkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Mereka juga mengatakan sekiranya Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat boleh dijatuhkan, Umno akan menghadiahkan Hasan dengan jawatan Menteri Besar Selangor.
Pada Januari 2012, atas desakan DAP dan PKR, Hasan telah dipecat dari PAS dan dilucutkan Keahlian EXCO Kerajaan Negeri Selangor. Sekaligus menamatkan kerjayanya selaku veteran PAS yang enggan kekal senyap dan terus mendedahkan salah laku di dalam Kerajaan Negeri Selangor. Kesilapan Hasan berfikir bahawa kebebasan bercakap juga adalah kebebasan mengkritik pihak pembangkang, termasuk rakan-rakan mereka di dalam parti bersekutu.
Pada 26 Mac 2012, The Malaysian Insider telah melaporkan episod Hasan, yang boleh dibaca di bawah.
Mohd Arif Ab Rahman telah didedahkan tujuh tahun dahulu tetapi sekarang baru diberkas dan diambil tindakan
Kini, apa yang menarik tentang laporan The Malaysian Insider ialah fakta bahawa Hasan menyebut Pegawai Kewangan Negeri, Mohd Arif Ab Rahman, yang telah kami paparkan semalam (Apabila DAP berbalah dengan Sultan berkenaan Mohd Arif). Nampaknya Mohd Arif telah mempunyai hubungan lama dengan Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor Azmin Ali semenjak Anwar menjadi Menteri Kewangan dan Azmin setiausahanya.
Menurut Hasan, Arif telah menerima RM250,000 setahun dari syarikat-syarikat kepunyaan kerajaan negeri untuk pergi bercuti termasuk gaji bulanan RM100,000 untuk menjadi “silent director” kepada syarikat-syarikat ini. Itu mencecah hampir RM1.5 juta setahun, tidak termasuk gaji kakitangan awamnya dan imbuhan-imbuhan lain. Apa yang The Malaysian Insider tidak berani terbitkan ialah dakwaan bahawa Mohd Arif merupakan orang hadapan atau tukang kutip untuk Pakatan Rakyat dan telah menggumpul wang bagi pihak mereka, separuh daripadanya diambil untuk ‘komisen’ dirinya atau ‘yuran tukang kutip’. Tiada sesiapa berurusniaga dengan Selangor melainkan ia melibatkan komisen. Anda boleh lihat kenyataan Hasan yang dirakamkan di dalam video di sini:
ARVE Error: src mismatch
provider: youtube
url: https://www.youtube.com/watch?v=9abaYSWYAno
src in org: https://www.youtube.com/embed/9abaYSWYAno?wmode=transparent&rel=0&feature=oembed
src in mod: https://www.youtube.com/embed/9abaYSWYAno?wmode=transparent&rel=0
src gen org: https://www.youtube.com/embed/9abaYSWYAno
DYMM Sultan Selangor menolak kenaikan pangkat Mohd Arif ke Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor pada Januari 2011 dan ini telah menimbulkan kemarahan DAP yang kemudian mencetuskan Krisis Perlembagaan dengan mendakwa DYMM mencampuri urusan politik.
Saya tahu faktanya mengenai satu fail tebal tentang segala salah laku bersama semua bahan bukti telah diberikan kepada pihak SPRM pada tahun 2010. Saya juga telah menerima satu salinan dokumen-dokumen ini dan, sebenarnya, pernah menyiarkan sebahagiannya. Namun SPRM, memutuskan untuk berdiam diri atau NFA (No Further Action) tanpa sebarang penjelasan atas kenapa mereka menutup fail tersebut. Kami hanya mampu mengandaikan kerana pada masa itu SPRM adalah ahli bersekutu keempat Pakatan Rakyat.
Pada 5 Januari 2017, seorang blogger memaparkan sebuah cerita yang bertajuk Datuk Arif Pernah Didedahkan Rasuah oleh Hasan Ali (BACA DI SINI). Perbualan di dalam kalangan ahli PAS tentang Hasan telah dipecat tanpa sebab kerana mendedahkan rasuah dan salah guna kuasa di dalam Kerajaan Negeri Selangor, dan mereka yang mengeluarkannya telah meninggalkan PAS untuk menyertai PAN, nama lainnya Amanah, parti Islam DAP, serta DAP dan PKR yang telah mendesak PAS (sekarang semua di dalam PAN) untuk mengeluarkan Hasan.
********************************************************************************
HASAN ALI MENGATAKAN PERBELANJAAN MELAMPAU, MENDAKWA MEREKA YANG LAIN BERBELANJA LEBIH
(The Malaysian Insider, 26 Mac 2012) – Kaunselor eksekutif Negeri Selangor Datuk Hasan Ali yang telah dipecat, hari ini mendesak persoalan Azmin Ali minggu lalu tentang perbelanjaan sekurang-kurangnya RM850,000 ketika dia memegang jawatan, semuanya telah diluluskan oleh kerajaan negeri.
Bekas ketua PAS negeri itu, yang telah dipecat dari PAS dan kerajaan negeri pada Januari akibat berterusan menyerang Pakatan Rakyat (PR) kerana tidak menghormati Islam, Melayu dan kerabat diraja, juga telah mendesak kerajaan negeri menyiasat perbelanjaan yang serupa oleh ahli EXCO serta anak-anak syarikat kerajaan negeri.
“Pengubahsuaian itu adalah untuk pejabat EXCO saya, bagi memuatkan 19 kakitangan. Kosnya lebih rendah berbanding pejabat Dr Xavier Jayakumar dan Dr Halimah Ali,” wakil rakyat Gombak Setia itu memberitahu sidang akhbar, yang merujuk kepada bekas EXCO rakan sejawatnya.
Hasan juga telah mengatakan bahawa pegawai kewangan negeri Datuk Arif Abdul Rahman telah diberi RM250,000 setahun oleh syarikat-syarikat kepunyaan kerajaan negeri untuk pergi bercuti di luar negara dan menerima gaji bulanan sehingga RM100,000 untuk menjadi “silent director” kepada syarikat-syarikat ini.
Pada hari Jumaat, timbalan presiden PKR Azmin mendakwa Hasan berbelanja RM300,000 untuk mengubah suai pejabatnya, RM550,000 untuk melancarkan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat) apabila dia mempengerusikan badan negeri dan mengabaikan proses tender terbuka untuk kontrak penyelenggaraan jalan raya ketika dia menjadi EXCO untuk kemudahan awam dan infrastruktur.
Tetapi Hasan berkata MP Gombak itu “tidak mempunyai lokus standi untuk menyoal kredibilitinya” kerana dia sendiri tidak memberi penjelasan kepada berbagai dakwaan peribadi dan kewangan. Malah dia memanggil Menteri Besar Khalid Ibrahim untuk mengarahkan satu siasatan lengkap ke atas perbelanjaan yang dibuat oleh ahli EXCO lain serta syarikat-syarikat kerajaan negeri.
“Saya mahu dia membandingkan setiap ahli EXCO dan melihat berapa banyak kita telah berbelanja per kapita untuk setiap kakitangan dan ruang lantai pejabat.”
“Kemudian kita akan lihat di mana Hasan Ali. Saya pasti jika dibandingkan dengan beberapa syarikat kerajaan negeri, mereka telah berbelanja sehingga tiga kali ganda lebih,” dia berkata.
Dia mendakwa bahawa keuntungan dan upah yang dikatakan diterima oleh SFO Arif dari syarikat-syarikat berkait-kerajaan negeri seperti Kumpulan Darul Ehsan, Worldwide Holdings dan PKNS sejak 2008 sebagai satu contoh kepada ketidaktelusan dalam pentadbiran Khalid.
Dia juga menerangkan kepada wartawan bahawa RM550,000 telah dibelanjakan untuk acara Padat tersebut kerana terdapat beberapa program lain juga telah dijalankan bersama-sama dengan pelancaran tersebut, kesemuanya telah diluluskan oleh kerajaan negeri.
Hasan telah dipecat dari parti pada 8 Januari selepas mendesak penyokong-penyokong pembangkang untuk tidak menghadiri perhimpunan keesokan harinya untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana keputusan perbicaraan kes liwatnya telah dijatuhkan.
Bekas ketua PAS Selangor itu kemudiannya juga telah dikeluarkan dari EXCO negeri untuk hal ehwal agama, kebudayaan Melayu, serta kemudahan awam dan infrastruktur.