PUKUL PEMANDU LORI AKIBAT AZMIN MB SELANGOR DAN ZURAIDA AMPANG LINDUNGI TAUKEH JUDI HARAM DI AMPANG?


zuraida kamaruddin

Captain M

1. Susulan kejadian seorang pemandu lori dibelasah lima lelaki dipercayai pengawal peribadi kepada individu kerabat di raja Kedah pada 14 Januari lalu di Puncak Anthenaneum, Bukit Antarabangsa, Ampang, 21 Jan lalu Polis telah merakam percakapan 15 individu termasuk pemilik video berhubung kes seorang pemandu lori dibelasah sekumpulan lelaki itu. 

2. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Hamzah Alias berkata kesemua saksi telah dipanggil sejak hari kejadian bagi menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku. Selain itu, beliau berkata pihaknya telah memperoleh rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kondominium tersebut bagi membantu siasatan dan ia telah dihantar ke makmal untuk dianalisis.

3. Ditanya adakah pemilik kereta Mercedes Benz turut terlibat, Hamzah berkata semakan mendapati pemiliknya merupakan seorang wanita dan suaminya juga bukan individu bergelar ‘Datuk’ seperti ditularkan. “Mereka (wanita dan suaminya) itu tidak terlibat dalam kes ini dan saya harap orang tidak perbesarkan cerita ini, tindakan mereka hanya mengganggu siasatan,” katanya.

3. Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan merusuh yang memperuntukKan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Kes itu mendapat perhatian ramai dan sumber memaklumkan walaupun kedua pihak sudah bersetuju menyelesaikan kes di luar (berdamai) namum PDRM akan terus mengambil tindakan terhadap kes ini.

READ MORE HERE



Comments
Loading...