Rafizi menambahkan lagi tahap kebebalannya


RAJA PETRA KAMARUDIN

Rafizi telah meramalkan dua senario untuk pilihan raya umum akan datang dan pada kedua-dua senario tersebut, PAS tidak akan memenangi walaupun satu kerusi parlimen. Menurut Rafizi lagi, keberlangsungan Pakatan bergantung 90% pada pengundi berbangsa Cina. Pada masa yang sama, DAP mengumumkan PAS tidak akan bersama dengan Kerajaan Negeri Selangor selepas pilihan raya umum akan datang. Ini bermaksud, DAP tetap meramalkan kemenangan PAS di beberapa kerusi DUN Selangor, bertentangan dengan analisis Rafizi bahawa PAS akan mengalami kekalahan yang teruk.

Raja Petra Kamarudin

Semalam, Rafizi Ramli dari PKR telah mengeluarkan satu analisis berkenaan dengan pilhan raya umum yang akan datang (rujuk Laporan Malaysiakini dibawah: Survey meramalkan kejayaan Harapan, PAS berkemungkinan akan tersingkir pada Pilihan Raya Umum ke 14). Sebelum saya memberi respon kepada pada pandangan saya, satu analisis amatur oleh Ibrahim Sultan atau Ben dari Merdeka Centre telah memberikan responnya terlebih dahulu mengenai hal tersebut (rujuk Laporan Malaysiakini dibawah: Survey Rafizi memberi gambaran yang indah tetapi cabaran yang pelbagai sedang menanti)

Saya telah diberitahu bahawa Menteri Besar Selangor, Azmin Ali tidak terlalu bersetuju dengan pendedahan Rafizi. Beliau turut merasakan analisis tersebut kurang matang kerana mengambil pendekatan ‘kita akan menang jika mereka mengundi kita dan kalah jika tidak’. Pada hemat saya, analisis apakah itu?

Analisis Rafizi terdiri daripada dua senario: Senario 1 dan Senario 2. Dalam Senario 1, pembangkang akan memenangi 126 kerusi parlimen manakala Barisan Nasional akan memenangi hanya 96 kerusi. Dalam Senario 2, Barisan Nasional akan memenangi 130 kerusi parlimen manakala pembangkang hanya akan memenangi 92 kerusi. Sama ada nisbah 130:92 atau 96:126 antara Barisan dan Pakatan.

Chinese Tsunami

Kedua-dua scenario dalam analisis tersebut bergantung 90% pada pengundi berbangsa Cina, yang bermaksud keberlangsungan Pakatan sangat bergantung kepada pengundi berbangsa Cina.

Apa yang paling menarik dalam kedua-dua senario ialah PAS tidak akan memenangi sebarang kerusi. Apa yang Rafizi cuba sampaikan kepada semua adalah PAS tidak akan menyertai kedua-dua kumpulan – Barisan mahupun Pakatan – dan akan menjadi sebuah parti yang bergerak sendiri. Secara ringkasnya juga, Rafizi cuba untuk mengatakan bahawa PAS akan disingkirkan sama sekali. Selain itu, kedua-dua senario bergantung kepada Pakatan meraih undi sebanyak 90% daripada pengundi berbangsa Cina. Rafizi tidak mempunyai Senario 3 kerana beliau pasti Pakatan akan memperolehi 90% undi daripada pengundi berbangsa Cina.

Pada pandangan saya, Rafizi telah mengeluarkan satu fakta penting dalam analisis beliau. PAS memiliki lebih sejuta ahli berdaftar termasuk mereka yang memilih untuk ‘berdiam diri’ khususnya yang berkhidmat dalam sektor kerajaan, iaitu pengundi yang cenderung kepada PAS yang tidak memiliki keahlian berdaftar.

Pada pilihan raya umum tahun 1999, PAS telah berjaya meraih sejuta undi berbanding DAP dan PKR yang hanya meraih 800,000 undi masing-masing. Pada tahun 2004, PAS meningkatkan lagi bilangan undi kepad 1.1 juta undi berbanding undi terhadap DAP sebanyak 700,000 undi dan PKR sebanyak 600,000 undi. Pada tahun 2008 atau dikenali sebagai ‘Tsunami Cina’, PAS masih lagi Berjaya meraih 1.14 juta undi berbanding PKR sebanyak 1.5 juta undi dan DAP sebanyak 1.1 juta undi. Pada tahun 2013, PAS telah memenangi 1.6 juta undi dan PKR sebanyak 2.2 juta undi dan DAP 1.7 juta undi.

Oleh sebab itu, adalah mustahil untuk mengandaikan bahawa PAS tidak akan memenangi mana-mana kerusi setelah berjaya meraih sekurang-kurangnya satu juta undi untuk setiap kali pihan raya umum. Pada pilhan raya kecil 2009 di Kuala Terengganu, PAS telah memenangi kerusi parlimen. Mereka memenangi kerusi yang sama pada pilihan raya umum 2013. Kuala Terengganu masih dianggap sebagai kawasan bandar meskipun terletak jauh di Pantai Timur. Di kawasan-kawasan luar bandar, pengundi PAS merupakan penyokong tegar dan perubahan parti tidak berlaku semudah yang disangkakan.

Meskipun Pakatan berjaya ‘mencuri’ 38% daripada undi PAS, apa yang digambarkan oleh Rafizi bukan berskala besar tapi hanya dalam bilangan yang kecil. Kemungkinan yang mustahil untuk Pakatan meraih undi 38% tersebut pada setiap kerusi adalah sesuatu yang tidak di ambil kira dalam analisis tersebut.

PAS

Penyokong PAS terdiri daripada penyokong tegar, tidak seperti penyokong Pakatan Harapan dan Parti Pribumi.

Apapun, ini merupakan cubaan lemah Rafizi dalam percaturan perang psikologi. Sekiranya ini merupakan strategi terhebat beliau, pada pandangan saya beliau masih memerlukan masa beberapa tahun lagi untuk menguasainya sebelum mengeluarkan analisis-analisis seperti yang telah dikeluarkan semalam. Meskipun perang psikologi ingin dicetuskan, semua agenda yang disampaikan haruslah dalam bentuk yang meyakinkan. Jika tidak, kredibiliti beliau akan menurun, satu kualiti yang tidak telalu tertonjol pada Rafizi meskipun selepas beberapa cubaan.

Langkah Kajang merupakan salah satu contoh kegagalan perang psikologi. Kegagalan tersebut telah menyebabkan kredibiliti beliau menjunam. Setelah berhempas pulas mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mengelirukan, akhirnya semuanya hanya menjadi satu usaha yang sia-sia. Analisis pilihan raya semalam akan menyebabkan Azmin ‘tidak senang duduk’ sekali lagi.

Azmin Ali

Azmin Ali kini harus mencapai satu target yang mustahil dan tidak realistik.

Analsis ini seharusnya dikeluarkan oleh pihak Azmin dan bukannya Rafizi. Hal ini demikian kerana, Azmin yang akan mengotakan semua perkara yang telah dijanjikan Rafizi kepada para pengundi (bahawa PAS akan disingkirkan dan tidak akan memenangi sebarang kerusi pada pilihan raya akan dating)

Rafizi telah menyebabkan Azmin berada dalam situasi yang mustahil. Adakah ini rancangan Rafizi untuk menjatuhkan Azmin? PAS harus disingkirkan pada pilhan raya umum akan datang dan PAS mesti dihalang daripada memenangi sebarang kerusi. Jika Azmin tidak dapat melaksanakan dua perkara ini, maka beliau akan dilihat sebagai gagal melaksanakan tugas. Sekiranya PAS memenangi 20 atau 30 kerusi, Azmin akan digulingkan dari sebarang jawatan di dalam PKR.

Mungkin Rafizi tidaklah seperti yang disangkakan. Mungkin sasaran sebenar Rafizi bukanlah PAS tetapi Azmin. Adakah Rafizi sedang meletakkan satu sasaran yang beliau yakin mustahil untuk dicapai oleh Azmin supaya pada pemilihan parti akan dating pertandingan antara Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan beliau akan terhapus sama sekali? Seperti yang telah digambarkan pada Langkah Kajang, Rafizi mungkin mempunyai agenda beliau yang tersendiri.

*****************************************************************

Rafizi-Ramli

Survey menunjukkan kejayaan Harapan dan PAS akan tersingkir pada Pilihan Raya Umum ke 14

(Malaysia kini, 19 Jan 2017) – Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan menggantikan tampuk pemerintahan adalah salah satu daripada kemungkinan yang akan berlaku seperti yang dinyatakan di dalam survey awal yang dijalankan oleh Naib presiden PKR, Rafizi Ramli melalui Invoke Centre for Policy Initiatives (I-CPI).

Dalam senario yang dinyatakan, satu survey yang dijalankan oleh I-CPI mendapati Harapan dan Bersatu akan memenangi 126 kerusi parlimen, BN 96 dan PAS tidak akan memenangi mana-mana kerusi yang dipertandingkan.

Walaubagaimanapun, dapatan ini bergantung hanya pada beberapa faktor termasuk sebahagian daripada pengundi yang tidak mengundi pada pilihan raya umum yang lalu, pengundi berbangsa Cina yang menyokong pembangkang pada PRU 13 dan juga kemungkinan untuk memenangi 38 % undi daripada pengundi PAS.

Sekiranya pengundi berbangsa Cina pada PRU 13, peratusan golongan yang tidak turun mengundi dan pengundi PAS masih lagi di tahap yang sama, BN akan memenangi pilihan raya tersebut dengan 130 kerusi, Harapan dan Bersatu 92 kerusi dan PAS kosong kerusi.

*****************************************************************

Ben

Survey Rafizi menggambarkan kejayaan namun hakikatnya bertentangan dengan realiti

(Malaysiakini, 20 Jan 2017) – Survey yang dilakukan oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli melalui Invoke Centre for Policy Initiatives (I-CPI) memberi gambaran gambaran yang positif kepad Pakatan Harapan tetapi mengecualikan beberapa faktor, kata Ibrahim Suffian.

‘’Beliau (Rafizi) bercakap mengenai apa yang mereka (Harapan) perlukan untuk memenangi pilihan raya, tetapi perkara seperti status quo tidak diambil kira dalam analisis tersebut.

Ini menunjukkan reality bahawa Pakatan Harapan tidak mampu untuk memenangi pengundi berbangsa Melayu untuk mencabar BN’’, ujar Ibrahim kepada Malaysiakini hari ini.

Realiti seperti ini telah pun berlaku semasa dua pilihan raya kecil tahun lalu di Sungai Besar dan Kuala kangsar, kata beliau, dan survey I-CPI menggambarkan apa yang telah berlaku semasa kedua-dua pilihan raya tersebut.

Walaubagaimanapun, dapatan ini bergantung kepada beberapa faktor antaranya sebahagian daripada mereka yang terlibat dengan survey tersebut tidak mengundi pada Harapan pada PRU yang lalu, pengundi berbangsa Cina yang menyokong pakatan pembangkang pada PRU13 dan juga kebolehan mereka untuk meraih 38% undi penyokong PAS.

Ibrahim yang merupakan Pengarah di Merdeka Centre mengatakan bahawa andaian yang dibuat oleh I-CPI yang menunjukkan pembangkang akan menang merupakan satu tugasan yang mencabar tanpa penglibatan PAS.

‘’Terlalu banyak ‘andaian’ yang perlu direalisasikan untuk mencapai sasaran mereka itu.

‘’Dengan masa, sumber dan kepimpinan yang sedia ada, adakah mampu untuk mereka merubah persepsi sebilangan besar golongan untuk menyokong mereka?

‘’Sekiranya mereka tidak mampu untuk melakukan seperti yang sedemikian, berkemungkinan besar tidak, mengapa mereka tidak mampu berkompromi dalam perkara yang boleh diusahakan bersama dengan PAS’’ soal beliau.

Ibrahim menerangkan bahawa pengundi mempunyai pandangan politik yang dibina bertahun-tahun bersama dengan pilihan parti mereka.

Pandangan politik tidak boleh dibeli atau dijual

Pandangan politik seperti ini tidak boleh dijual beli seperti barangan di kedai-kedai, kata beliau.

‘’Penyokong PAS tegar kekal setia dengan parti mereka dan bilangan mereka adalah satu bilangan yang signifikan yang mewakili rakyat Malaysia.

‘’PAS merupakan sebuah parti yang sudah 60 tahun bertapak di Malaysia dan bersifat ‘sampai ke liang lahad’, ‘’ ujar beliau.

Satu cara Harapan boleh berharap untuk mengubah undi PAS ke arah mereka, kata Ibrahim, adalah menawarkan sesuatu yang sangat baru dan menarik.

Cabaran terbesar Harapan, kata beliau, adalah untuk menerima relaiti bahawa mereka tidak sepopular dalam kalangan orang Melayu seperti PAS dan mereka belum lagi menawarkan alasan yang mencukupi untuk penyokong PAS beralih arah.

‘’Mereka mempunyai dua pilihan, sama ada untuk meneruskan perjuangan dengan bertanding tiga penjuru dan kalah atau melakukan kompromi dengan parti Islam tersebut.

‘’Langkah terbaik untuk mereka adalah mencari jalan untuk bekerjasama (dengan PAS) atau mereka akan kalah’’ kata beliau.

Walaupun beliau tidak menyatakan survey yang diakukan oleh I-CPI itu bersifat saintifik atau tidak, memandangkan beliau tidak mengethaui metodologi yang digunakan, beliau menyatakan bahawa survey tersebut mempunyai beberapa intipati untuk difikirkan.

‘’Saya berpendapat survey tersebut adalah satu dapatan yang berguna dan tidak harus dipinggirkan.

‘’Survey tersebut ada menyampaikan maklumat yang berguna untuk parti-parti politik memikirkan langkah mereka yang seterusnya.

‘’Sekiranya saya berada dalam BN, saya akan bekerja keras untuk memastikan pembangkang kekal berpecah,’’ kata Ibrahim.

 



Comments
Loading...