SALAHUDDIN DAN KOMPLOT SULITNYA UNTUK BERSAMA BN


Salahuddin Ayub

Mantan SU Salahuddin Ayub

Saya baru membaca kenyataan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Saudara Salahuddin Ayub, PAS yang membentuk blok politik alternatif kepada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) terlibat dalam perancangan sulit dan rapi yang akan menyumbang kepada kemenangan BN.

Tuduhan tersebut sudah pastilah salah satu strategi serkap jarang Saudara Salahuddin yang sebelum ni memang berpengalaman buat perancangan sulit dan rapi untuk bersama BN semasa beliau dalam PAS.

Di sini saya ingin mendedahkan satu perkara yang diberitahu oleh seorang pimpinan PAS Pusat yang masih beristiqamah dengan parti. Dia memaklumkan, dia terlibat bersama Saudara Salahuddin Ayub, Dr Dzulkifli Ahmad dan Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi menyiapkan kertas cadangan supaya PAS menerima langkah Konsensus Nasional yang dipelopori oleh Dato Seri Anwar Ibrahim semasa ketiga-tiga mereka aktif di dalam PAS.

Kertas cadangan tersebut mencadangkan supaya PAS menerima langkah Dato Seri Anwar bersama PKR dan DAP membentuk kerajaan perpaduan dengan BN, sedangkan Presiden PAS kuat menolaknya ketika itu.

Semasa dalam perbincangan pimpinan PAS yang menjadi sumber berita ini menyatakan, saudara Salahuddin telah memberitahu: “Kita tidak boleh berlengah lagi sebab Saifuddin Nasution telah menghubungi saya melalui telefon lalu berkata: PAS bila lagi nak buat keputusan ni, kami (PKR) dah nak join kabinet”.

Akhirnya selepas perbincangan, satu kertas cadangan kemudiannya telah dibawa ke Mesyuarat Khas Jawatankuasa PAS Pusat pada bulan Januari 2014. Mesyuarat tersebut bersetuju mempertimbangkan langkah Konsensus Nasional dan mahu mendapat maklumat lebih lanjut untuk PAS membuat keputusan.

 



Comments
Loading...