DAP disaran tiru cara PAS urus tol Terengganu


Sudut

DARI SUDUT LAIN

Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP baru-baru ini membuat kenyataan akan menghapuskan GST dan tol di Lebuhraya PLUS sekiranya dapat menawan Putrajaya dalam piliharaya umum akan datang. Apa yang menarik, janji ini kelihatan serupa dengan janji mereka semasa kempen pilihanraya 2008 dahulu, yang mahu menyelesaikan menghapuskan tol di Pulau Pinang sekiranya berjaya menjadi pemerintah negeri itu. Namun, janji hanya tinggal janji.

Baca laporan dan lihat gambar bantah tol sebelum PRU12:

http://www.pisau.net/dulu-guan-eng-demo-bantah-tol-sg-nyior-dari-rakyat-untuk-rakyat/

Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Strategik Umno Kepala Batas Azizi Safar menyarankan kerajaan DAP Pulau Pinang untuk mengambil alih konsesi tol Sg Nyior sebagai komitmen awal janji tersebut. Ini merupakan satu saranan yang baik. Persepsi bahawa hanya kerajaan persekutuan yang berkuasa menghapuskan tol adalah salah dan jauh dari realiti.

Baca:

http://www.malaysiaoutlook.com/dap-disaran-ambil-alih-konsesi-tol-sg-nyior/

Sebenarnya PAS seawal memerintah Terengganu tahun 1999 telah menunjukkan contoh ini. Beberapa minggu memerintah Terengganu, satu-satunya tol yang ada di negeri tersebut waktu itu iaitu Tol Jambatan Sultan Mahmud terus dihapuskan. Caranya dengan mengambil alih syarikat konsesi yang menguruskan tol tersebut dengan pampasan tertentu. Ratusan ribu pengguna tol tersebut beroleh manfaat yang besar, sehingga kini apabila BN kembali memerintah Terengganu, mereka tidak lagi berani mewujudkan semula tol di situ.

Baca:

http://buletinonline.net/v7/index.php/rakyat-terengganu-dapat-faedah-rm5000-sejak-kerajaan-pas-hapuskan-tol/

Sebagai tambahan, kerajaan Terengganu juga di bawah kepimpinan PAS turut menghapuskan cukai pintu rumah kediaman. Namun setelah BN mengambil alih kerajaan, mereka mengenakan semula cukai tersebut.

Baca:

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0831&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=hn_03.htm

Jambatan Terengganu

Untuk pengetahuan kita, kebanyakan tol dikutip oleh syarikat konsesi lebuhraya yang dilantik oleh kerajaan negeri/persekutuan sebagai ganjaran kepada mereka kerana membina lebuhraya. Biasanya ia memiliki tempoh had pengutipan, dan selepas itu samada ia diambil alih oleh kerajaan ataupun terus dihapuskan. Justeru jika tempoh had belum tamat, kerajaan perlu membayar sejumlah pampasan bagi menggantikan hasil kutipan mereka sekiranya mahu mengambil alih pengurusan tol tersebut. Dasar penswastaan ini bermula sejak di zaman Mahathir sebagai PM.

Bagaimana pula PKR di Selangor dan DAP di Pulau Pinang? Sepatutnya dengan status negeri terkaya, pengambil alihan konsesi tol bukanlah satu perkara yang sukar dilakukan jika dibanding dengan negeri rakyat kedua termiskin seperi Terengganu. Tanpa mengutip hasil tol jalanraya sekalipun, masih banyak sumber perolehan negeri yang lain seperti cukai-cukai industri dan perdagangan.

Mungkin juga situasi ini boleh disamakan dengan usaha pengambil-alihan syarikat konsesi air di Selangor oleh Tan Sri Khalid Ibrahim sewaktu menjadi Menteri Besar dahulu. Beliau sanggup membayar pampasan kepada syarikat air tersebut supaya pengurusan air bebas dari pihak swasta. Ini bagi mengawal tarif air melampau yang pasti akan menyusahkan rakyat. Sikap ini harus menjadi tauladan bagi DAP di Penang menyelesaikan tol di Sungai Nyior.

Isu ini tidak boleh dipandang sebagai isu politik semata-mata, dengan dijadikan modal manifesto setiap kali pilihanraya, tetapi diberikan beribu alasan untuk melaksana setelah mendapat kepercayaan. Alasan paling mudah ialah kerana belum menjadi kerajaan persekutuan. Sebaliknya ini adalah isu rakyat, kerana tol adalah bentuk cukai yang terpaksa ditanggung oleh semua rakyat tidak kira kaya atau miskin.

 



Comments
Loading...