Rindukan Zaman Mahathir?


Rahmat Omar

SeaDemon Says

Ada saja yang mengeluh mengenai harga barang serta nilai Ringgit yang tidak seperti zaman Tok Kadok.  Tidak kurang juga yang membandingkan bagaimana harga rokok pada zaman Mahathir Mohamad adalah jauh lebih murah dari zaman Najib Razak.

cpo88zjueaa6uym-jpg-large

Benar. Harga rokok Dunhill 20 sekotak kini mencecah RM17.00.  Namun ianya bukan disebabkan kelemahan matawang tetapi diakibatkan oleh kenaikan cukai ke atas rokok.

Saya berterima kasih kepada Cik Lim Sian See kerana menulis dengan panjang lebar mengenai kos sara hidup di Malaysia berbanding kualiti hidup.  Beliau telah menggunakan Indeks Big Mac yang membandingkan harga jualan burger Big Mac di setiap negara sejak 30 tahun yang lalu.

Kita ambil tahun 1993, iaitu zaman pemerintahan Mahathir Mohamad.  Harga Big Mac pada masa itu ialah RM3.35 manakala harga minyak RON92 (semasa itu minyak RON95 masih belum wujud di Malaysia) berharga RM1.06 seliter.

Pendapatan median bulanan setiap keluarga di Malaysia pada tahun 1993 ialah RM1,077 manakala bagi Bumiputera ianya adalah RM887.

Ini bermakna sekiranya kesemua pendapatan tersebut digunakan untuk membeli Big Mac maka setiap keluarga mampu membeli sebanyak 321 Big Mac manakala bagi sebuah keluarga Bumiputera hanya termampu sebanyak 265 Big Mac.

Untuk pembelian minyak RON92 pula setiap keluarga di Malaysia boleh membeli sebanyak 1,016 liter manakala keluarga Bumiputera boleh membeli 837 liter.

16 tahun kemudian apabila pentadbiran Najib Razak mengambil alih pucuk pimpinan pendapatan median bulanan setiap keluarga di Malaysia meningkat kepada RM2,830 dan RM2,531 bagi keluarga Bumiputera.

Harga Big Mac telah meningkat kepada RM6.80 (kenaikan sebanyak RM3.45 berbanding tahun 1993) manakala minyak RON95 setelah RON92 tidak lagi dijual di Malaysia berharga RM1.80 seliter (kenaikan sebanyak 74 sen).

Ini menjadikan kemampuan bulanan setiap keluarga pada tahun 2009 membeli Big Mac meningkat kepada 416 biji manakala keluarga Bumiputera membeli 372 biji Big Mac. Peningkatan  berbanding tahun 1993 ialah sebanyak 95 biji Big Mac (peningkatan 29.45 peratus) manakala bagi keluarga Bumiputera pula ialah sebanyak 107 biji Big Mac (peningkatan 40.6 peratus).

Untuk pembelian minyak RON95 pula, kemampuan bulanan setiap keluarga pada tahun 2009 membeli minyak RON95 meningkat kepada 1,572 liter manakala keluarga Bumiputera membeli 1,406 liter. Peningkatan  berbanding tahun 1993 ialah sebanyak 556 liter (peningkatan 54.74 peratus) manakala bagi keluarga Bumiputera pula ialah sebanyak 569 liter (peningkatan 68.04 peratus).

Ini bermakna taraf hidup bagi setiap keluarga di Malaysia telah meningkat walaupun harga barangan juga meningkat berbanding pada zaman pentadbiran Mahathir Mohamad.  Bagi keluarga Bumiputera pula, walaupun pendapatan mereka masih di bawah purata pendapatan setiap keluarga di Malaysia, kualiti hidup mereka meningkat dengan mendadak melebihi dari peningkatan purata keluarga di Malaysia pada tahun 2009 berbanding 1993.

Lima tahun kemudian, iaitu pada tahun 2014, pendapatan bulanan setiap keluarga di Malaysia adalah RM4,585 (kenaikan RM1,755 atau RM351 setahun) dan RM4,214 (kenaikan RM1,683 atau RM336 setahun) bagi keluarga Bumiputera.

Manakala harga Big Mac dan RON95 pula berada pada paras RM7.60 sebiji dan RM2.30 seliter (iaitu sama dengan harga minyak pada bulan Februari 2017).

Kemampuan untuk membeli Big Mac sebulan bagi setiap keluarga di Malaysia telah meningkat kepada 603 biji (peningkatan 44.96 peratus) manakala bagi keluarga Bumiputera pula sebanyak 554 biji (peningkatan 48.97 peratus).  Peningkatan bagi kemampuan keluarga Bumiputera sekali lagi mengatasi peningkatan setiap keluarga di Malaysia.

Bagi RON95 pula, kemampuan pembelian bulanan bagi setiap keluarga di Malaysia telah meningkat kepada 1,993 liter (peningkatan 26.79 peratus) manakala bagi keluarga Bumiputera pula sebanyak 1,832 liter (peningkatan 30.30 peratus).  Peningkatan bagi kemampuan keluarga Bumiputera sekali lagi mengatasi peningkatan setiap keluarga di Malaysia.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...