DAP terdesak mahu pulihkan imej anti-Islamnya


Superman DAP

Oleh Dr Kamarul Zaman Yusoff, Tanjak

Pengumuman bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim, menyertai DAP semalam tidaklah mengejutkan lantaran DAP sedang menghadapi masalah imej yang teruk. Ini ekoran pendedahan demi pendedahan pelbagai pihak mengenai sikap anti-Islam dan anti-Melayu parti tersebut.

Saya sendiri telah beberapa kali mengulas mengenai sikap negatif DAP terhadap Islam ini dengan memberikan contoh-contoh spesifik mengenainya. Setakat ini, ia tidak mendapat sebarang penafian daripada mana-mana pemimpin DAP yang disebutkan, sekali gus mengesahkan kebenarannya.

Cabaran ketua pengarah Jasa, Dr Puad Zarkhasi, supaya DAP mengubah perlembagaannya yang tidak selari dengan Islam mahupun supaya rakan DAP dalam PPBM, PKR dan PAN mencabar DAP meminda perlembagaannya juga tidak bersambut, sekali gus mengiyakan kebaculan mereka.

Ditambah pula dengan serangan berterusan ke atas DAP oleh pemimpin Melayu Islam yang pernah menyertai parti itu seperti Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, Mohamad Razali Abdul Rahman, Zukifli Mohd Noor dan Rahmad Isahak menjadikan DAP cukup terdesak bagi mencari pengganti mereka.

LGE_TidakSetujuHudud

Seperti pesanan juru acara majlis yang juga pegawai Zaid, Abdul Rashid Khan, kepada penasihat DAP Lim Kit Siang supaya memberi apa yang diminta oleh Zaid, dan pengumuman Zaid akan berceramah di seluruh Malaysia di bawah tiket DAP, sudah tentulah Zaid akan diberi peranan dalam DAP.

Bagaimanapun, jika peranan utama Zaid adalah untuk membina imej DAP sebagai parti politik yang mesra Islam dan mesra Melayu, sekali gus menarik pengundi Islam dan Melayu menyokong DAP, maka imej liberal dan sekular yang terpahat kukuh pada Zaid akan menyebabkan ia sukar dicapai.

Seperti disebut oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapannya, beliau berada di majlis tersebut dalam keadaan cukup ganjil. Ini kerana beliau selaku pengerusi PPBM serta beberapa pemimpin PPBM lain hadir untuk menyaksikan penyertaan Zaid – yang pernah menjadi ahli Umno – ke dalam DAP.

Kehadiran Mahathir meraikan kemasukan Zaid ke dalam DAP, dan tindakan Zaid menghentam teruk PAS di dalam ucapannya dengan menyifatkan parti itu sebagai “penunggang agama”, “penjaja agama” dan sebagainya malah turut berpotensi menggagalkan rundingan kerjasama PPBM-PAS.

Mahathir sendiri di dalam ucapannya, dan ketika ditanya oleh wartawan mengenai status rundingan kerjasama PPBM-PAS, menyebut bahawa masih ada rundingan tetapi yang utama ialah PPBM akan bergabung dengan parti-parti lain dalam Pakatan Harapan (PH) secara rasmi sebagai satu komponen.

READ MORE HERE

hudud

 



Comments
Loading...