Apa Yang Strategiknya?


Rahmat Omar

SeaDemon Says

Sibuk golongan yang kurang kebolehan berfikir memainkan sentimen kerajaan menjual aset strategik pertahanan negara kepada negara luar akibat 1MDB dan kerakusan terhadap wang.

Ceritanya, 1MDB telah membeli tanah tersebut dengan harga yang murah dan menjualkannya kepada China dengan harga yang tinggi untuk memulangkan balik wang rakyat sebanyak RM42 billion yang hilang. Maka, tanah milik Tentera Udara DiRaja Malaysia itu kini dimiliki oleh China.

Dari kedua-dua perenggan di atas, dapatlah kita membuat rumusan bahawa ada TIGA butiran utama yang dikaitkan dengan penukaran Pangkalan Udara Kuala Lumpur kepada Bandar Malaysia milik negara China:

1. Menjual aset strategik pertahanan negara,

2. Memulangkan balik wang rakyat sebanyak RM42 billion yang hilang, dan,

3. Tanak milik Tentera Udara DiRaja Malaysia kini dimiliki China.

1, Bida’ah Pertama: Pangkalan Udara Kuala Lumpur Adalah Aset Strategik Pertahanan

Ada seorang pengguna Twitter baru-baru ini mengutarakan kisah yang sama: Pangkalan Udara Kuala Lumpur adalah satu aset strategik pertahanan kerana ianya satu-satu pangkalan tentera udara di dalam sebuah bandaraya.

Apabila saya bertanya apakah yang dimaksudkan dengan ‘strategik’ beliau tidak menjawab hingga ke hari ini.

Baiklah.  Mari kita bincangkan betapa strategiknya pangkalan tersebut.

Pangkalan Udara Kuala Lumpur merupakan pangkalan terakhir di mana saya bertugas sebelum menamatkan tauliah jangka pendek dalam perkhidmatan TUDM lebih 20 tahun yang lalu.  Pada waktu itu, tepi landasan kapal terbang berada agak jauh dari Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban. Saya sering gunakan bahagian rumput di tepi landasan tersebut di waktu petang setelah operasi udara harian di pangkalan tersebut tamat untuk membawa anak saya terbang menaiki pesawat ringan jenis Buckeye.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...