ROHINGYA DAN KITA (SIRI 5): Persamaan Food Flotilla Malaysia dan Freedom Flotilla Turki
DARI SUDUT LAIN
Tanggal 3 Februari lepas, Perdana Menteri Malaysia dan Timbalan Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS) telah menyempurnakan upacara perlepasan kapal Food Flotilla to Myanmar, sebuah program kemanusiaan antarabangsa, yang dianggotai oleh sukarelawan daripada 13 buah negara, anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama Kelab Putera 1Malaysia (KP1M). Program ini mendapat sokongan padu dari kerajaan Malaysia. Ia disertai oleh berbagai kumpulan dan NGO termasuk PAS.
Lihat:
http://www.foodflotilla.com/single-post/2017/02/01/Arakan-on-Fire-Food-Flotilla-For-Myanmar
Program ini adalah kesinambungan dari usaha Malaysia dalam menangani konflik serantau secara serius. Sebelum ini NGO-NGO Islam telah menganjurkan Himpunan Perpaduan Ummah melibatkan penyertaan pemimpin dua parti terbesar yang mewakil umat Islam Malaysia iaitu PAS dan Umno. Program ini bulanlah anjuran parti politik kerana Presiden Umno, Dato Seri Najib Razak hadir atas kapasiti Perdana Menteri manakala Presiden PAS atas kapisiti Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia. Walaubagaimanalun persepsi umum tetap melihat ianya satu perkembangan baru politik negara apabila dua parti yang selama ini dikenali sebagai musuh politik tradisi mengambil sikap yang matang untuk duduk sepentas dalam isu melibatkan kepentingan umat Islam.
Lihat:
http://www.astroawani.com/topic/himpunan-solidariti-ummah-untuk-rohingya
Himpunan tersebut telah mengundang berbagai respon di peringkat antarabangsa. Kebetulan Malaysia dilantik sebagai diplomat rasmi OIC bagi hal ehwal minoriti Rohingya. Maka Malaysia telah memanggil satu sidang tergempar OIC akhir Januari lepas bagi membincangkan secara serius masalah Rohingya yang kian meruncing.
Lihat:
Usaha-usaha ini telah menaikkan nama Perdana Menteri Malaysia secara tidak langsung di mata dunia. Kritikan pedasnya terhadap kerajaan Myanmar termasuk pemenang Nobel Keamanan Global Aung San Suu Kyi menyebabkan masyarakat dunia mula memandang keseriusan Malaysia dalam isu ini.
Lihat:
Di sebalik populariti yang diraih oleh kerajaan Malaysia ketika ini, rakyat Malaysia sendiri hairan dengan perkembangan terbaru sikap kerajaan mereka. Sebelum ini Malaysia tidaklah begitu terkenal dengan kelantangannya di peringkat antarabangsa. Malaysia lebih mengambil sikap berhati-hati dan tidak mencari balah dengan mana-mana negara lain. Tambahan pula, isu-isu yang menghimpit rakyat Malaysia menyebabkan rakyat berpendapat ini hanyalah tindakan populis bagi meraih sokongan umat Islam.
Pada tahun 2011, kerajaan Turki pernah menggegarkan dunia dengan program Freedom Flotilla to Gaza. Program ini sama seperti Food Flotilla, iaitu menghantar rombongan kapal membawa bantuan kemanusiaan tetapi destinasinya adalah Gaza, Palestin.
Lihat:
Pasti ramai yang menyanjung Perdana Menteri Turki ketika itu, Recep Tayyip Erdogan. Namun hakikatnya, Freedom Flotilla menggunakan kapal Mavi Marmara itu adalah diusahakan oleh berbagai NGO antarabangsa. Ia dikepalai IHH, sebuah NGO kebajikan berpengaruh dari Turki. Ia tidak ada kena mengena dengan kerajaan secara langsung pada awalnya. Malah, usaha ini dikritik oleh Erdogan. Akan tetapi Erdogan yang dikenali dengan sikap populisnya pasti tidak melepaskan peluang menyokong usaha yang bakal menaikkan namanya ini.
Lihat:
https://en.m.wikipedia.org/wiki/Gaza_Freedom_Flotilla
Samalah juga dengan kecaknaan isu Rohingya ini. Sejak pembantaian berlaku di Rakhine, yang memainkan isu ini adalah pihak NGO sahaja. Kalau kita selidiki lebih mendalam, tidak melampau jika kita katakan PAS antara parti politik terawal dan konsisten terhadap isu ini. Merekalah yang mengerahkan ahli turun berdemonstrasi, mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan ekstremis Budhha, menghantar memorandum bantahan sehinggalah membawa isu ini ke pihak kerajaan supaya langkah diplomasi boleh diambil. Daripada titik itu barulah kita melihat peranan kerajaan dalam isu ini.
Apapun cerita disebaliknya, tidak sepatutnya tindakan yang membawa keuntungan kepada umat Islam ini dipandang dari neraca politik negara semata-mata. Sudah tiba masanya masyarakat keluar dari kepompong politik kepartian dan melihat segala isu secara lebih matang dan adil.
Siri-siri lepas:
Rohingya Dan Kita siri 1:
Rohingya Dan Kita siri 2:
http://www.malaysia-today.net/rohingya-dan-kita-siri-2-rohingya-diusir-di-tanah-sendiri/
Rohingya Dan Kita siri 3:
http://www.malaysia-today.net/rohingya-dan-kita-siri-3-rohingya-boleh-cetus-asean-spring/
Rohingya Dan Kita siri 4:
http://www.malaysia-today.net/rohingya-dan-kita-siri-4-contohi-kerjasama-pas-umno/