Kes Muhyiddin-Nika Gee: Azwanddin dipanggil beri keterangan


Azwanddin-Hamzah

(Utusan Online) – Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah dipanggil untuk memberi keterangan di pejabat Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), di sini berhubung dakwaan skandal seks membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Azwanddin, kehadirannya pada pukul 11.40 pagi tadi untuk membantu siasatan serta penyerahan beberapa bukti kepada JAIJ bagi membuka fail kes dan menjalankan siasatan seterusnya dibicarakan di mahkamah.

Nika Gee

“Saya memberi kerjasama tentang semua perkara yang disoal dan saya berpuas hati dengan tindakan JAIJ. Setelah keterangan diambil, fail siasatan akan dibuka dan akan dibicarakan ke mahkamah.

“Sebelum ini, sudah beberapa kali Tan Sri Muhyiddin mengeluarkan kenyataan bahawa saya berbohong berkaitan isu ini dan saya mahu beliau segera membuat permohonan maaf atas tuduhan liar tersebut sebelum tindakan saman diambil,” katanya dalam sidang akhbar di sini sebentar tadi.

Azwanddin meninggalkan pejabat JAIJ selepas dua jam memberi keterangan yang diperlukan JAIJ berhubung dakwaan kes skandal seks membabitkan Muhyiddin.

Nika Gee 1

Nika Gee 2

 



Comments
Loading...