PAN ‘bersumpah’ tak akan usik kerusi DAP…


pilihanraya-undi

(Agenda Daily) – Biarlah apapun jadi… Parti Amanah Nasional (PAN) sama sekali tidak akan mengusik kawasan yang akan ditandingi DAP.

Selain memastikan kerusi yang ingin dituntut tidak bertindih dengan PKR.

Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub berkata PAN ditubuhkan untuk menggantikan peranan PAS, justeru partinya hanya akan ‘melihat’ kerusi yang ditinggalkan parti itu sahaja.

“Kita ada 222 kerusi Parlimen, tolak 50 DAP bertanding. Tiga perti sahaja yang harus duduk dan kita bentu satu jawatankuasa teknikal dan telah mesyuarat minggu lalu dan minggu depan kita untuk kita selesaikan kerusi kita.

“Kerusi DAP kita tidak akan kacau, semua parti tidak akan masuk kawasan yang DAP tandingi. Antara yang terpenting, PAN, PKR dan PPBM, pakat baik-baik.

“PAN tidak akan bertindih kerusi dengan PKR kerana PAN wujud jaga kerusi yang PAS tinggalkan. Kita akan lihat kerusi ini dengan kekuatan yang kita ada,” ujar Salahuddin.

Pembahagian kerusi antara parti-parti pembangkang masih belum selesai dengan kesemua mereka sehingga kini masih menunggu kata putus daripada PAS sama ada mahu menyertai mereka menuju pilihan raya atau tidak.

Sementara PAS berkali-kali bertegas tidak mahu mengadakan sebarang hubungan dengan DAP dan parti serpihannya, PAN.

Menurut Salahuddin, PAN mensasarkan untuk menguasai pantai Barat di Semenanjung Malaysia.

“Saya rasa kekuatan PAN trletak di jajaran pantai barat, itu kekuatan kita dan kita akan tampung kekuatan yang ditinggalkan oleh PAS. itu sebab kita wujud.

“Jajaran pantai Barat potensi untuk kita menang. Kelantan ini agak dinamik, dia mesti politik. Kerana Kelantan ini politiknya kedai kopi, universitinya kedai kopi yang boleh ubah keputusan beberapa hari menjelang pilihanraya,” kata Salahuddin.



Comments
Loading...